Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Zakariah bin Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah. Antara perkara utama yang dibincangkan ialah berkaitan pemantauan persediaan awal tahun, proses kemasukan ke Sekolah Elit Terengganu dan Sistem Star Rating yang melibatkan Sektor Pengurusan Sekolah. Mesyuarat telah memutuskan Penolong Pengarah akan memantau persediaan bagi Sekolah Menengah dan Pengelola akan memantau persediaan Sekolah Rendah yang akan dilaksanakan mulai awal persekolahan depan.
Sementara bagi urusan penerangan dan taklimat menandatangani opsyen persaraan 60 tahun dan SSM ke SBPA dibimbing oleh En. Salim Ab. Ghani, KPP Sektor Pengurusan Sekolah. Alhamdulillah semua anggota Sektor Pengurusan Sekolah faham, berpuashati dan menandatangani opsyen berkaitan dengan senang hati. Apa yang kami tulis berkaitan proses pemindahan gaji sebelum ini adalah tepat dan selari dengan slaid taklimat SBPA yang disediakan seperti di bawah :
Contoh : Perpindahan dan pergerakan gaji DGA38 dari SSM ke SBPA
- A pada 1.1.2012 pada skim gaji SSM berada pada T10 P1 dengan gaji RM4,333.91
- A pada 1.1.2012 menerima SBPA, gajinya dalam SSM akan bergerak ke T11 P1 dengan gaji RM4,497.26
- A pada 1.1.2012 dengan gaji RM4,497.26 akan ke skim SBPA mata gaji terdekat T8 gaji RM4,565.00
- A pada tahun 2012 dari gaji RM4,565.00 akan menerima kenaikan gaji tahunan di SBPA, T9 (RM4,760.00) berdasarkan 1 Jan @ 1 April @ 1 Julai @ 1 Oktober
Untuk melihat perubahan anda memerlukan sifir gaji SSM dan Sifir Gaji SBPA kerana dalam borang opsyen Bahagian A hanya dinyatakan gaji pada 31.12.2011 - RM4333.91 (P1 T10-SSM) dan pada Bahagian B borang opsyen dinyatakan gaji pada 1.1.2012 - RM4565.00 (T8 -SBPA). Tarikh pergerakan gaji asal dikekalkan seperti 1 April. Maka pada 1 April 2012 gaji untuk pergerakan tahun berdasarkan prestasi biasa akan bergerak ke RM 4,760.00 (T9-SBPA). Berdasarkan kenyataan ini kita tidak akan nampak perpindahan dan pergerakannya melainkan dengan meletak dua sifir gaji SSM dan SBPA. Kesukaran untuk mendapat sifir gaji SBPA itulah mungkin menimbulkan keraguan apatah lagi bila diletakkan slaid dan gaji SPBA yang betulpun kita ragu dan keliru kerana digri kepercayaan kita sangat dipengaruhi "persepsi" yang dijana dan dicanang dalam minda setiap hari. Kita menjadi manusia yang terlalu "teliti" atau "was-was".
Semoga tiada lagi kekeliruan dan keraguan selepas ini. Kami telah siap menandatangi dengan rela dan senang hati. Kami yakin kerajaan tidak akan mengkhianati kakitangan awamnya sendiri.
No comments:
Post a Comment