Pertukaran 16 Disember 2011 bagi Guru Besar dan GPK adalah pertukaran terakhir sesi persekolahan bagi tahun 2011. Begitu juga bagi semua urusan naik pangkat Guru Besar dan GPK juga merupakan yang terakhir bagi sesi ini. Ini bermakna semua senarai nama calon Guru Besar dan GPK yang tempoh sahlaku akan berakhir pada 31 Disember 2011.
Penawaran Guru Besar dan GPK akan dilaksanakan pada 1.1.2012. Untuk tawaran kali ini lima calon GPK dari senarai BPSM telah menerima semua tawaran sama ada secara pemangkuan atau pengisian hakiki setelah hanya satu calon daripada lima calon BPSM pada tawaran 1 Disember 2011 yang menerima tawaran. Calon-calon ini memohon pada tahun 2009 semasa gred DGA29 ke DGA32 dan ada dikalangan mereka telahpun memperolehi DGA32(KUP) Time Base. Mereka adalah 20% kuota BPSM dan pelantikan mereka tidak perlu melalui proses temuduga berbanding calon-calon penghakikian DGA32 (KUP) Time Base ke DGA32 yang diperturunkan kuasa ke JPN dengan garis panduan yang ditetapkan.
Apapun kita ucapkan tahniah kepada mereka yang menerima tawaran bagi mengisi kekosongan Guru Besar dan GPK seluruh negeri hingga kita mencapai tahap 100% pengisian jawatan Guru Besar dan GPK yang dilaksanakan pengisian pada 1 haribulan dan 16 haribulan. Kita berharap kehadiran mereka ke sekolah-sekolah yang ditempatkan atau ditukarkan , hadir dengan membawa bersama misi dan visi yang mampu melonjakkan prestasi keseluruhan sekolah berkenaan. Selamat bertugas dan Selamat Tahun Baru.
Surat pertukaran setara Guru Besar dan GPK boleh diperolehi di PPD masing-masing mulai 18 Disember 2011.
No comments:
Post a Comment