Sunday, December 4, 2011

Mesyuarat Pengurusan Pengelola Sekolah Terengganu

MARANG - Pengelola Sekolah Terengganu mengakhiri kegiatan tahun ini dengan mengadakan mesyuarat pengurusan pengelola dan majlis ringkas meraikan persaraan rakan-rakan Pengelola Sekolah Terengganu yang bersara sepanjang tahun ini. Mesyuarat dan majlis berkenaan diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Semua jawatankuasa dan sebahagian kecil rakan pengelola telah hadir. Turut hadir ialah Pengawai Perhubungan Pengelola En. Jelani bin Sulong yang juga merupakan Ketua Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

En.Jelani dalam ucapan ringkasnya merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua pengelola sekolah yang banyak membantu jabatan dan ppd sepanjang tahun ini. Beliau juga berkata melalui Unit Sekolah Rendah kita membida peruntukan agar pengelola sekolah boleh mengadakan aktiviti di peringkat negeri dan kebangsaan selain berusaha membantu rakan-rakan pengelola dalam urusan kenaikan pangkat bersama Unit Naik Pangkat. Beliau mengucapkan tahniah kepada lapan orang pengelola Terengganu yang beroleh Pengelola Cemerlang DGA38 (KUP) tahun ini. Selain itu beliau mengingatkan pengelola agar sentiasa menjaga imej diri, tingkah laku dan tindak-tanduk serta menyelesaikan maasalah mengikut saluran yang ada agar nama baik jabatan dan pengelola sendiri terpelihara.

Sebelum itu, Pengerusi Pengelola Sekolah Terengganu En. Zainuddin bin Muda mengucapkan terima kasih kepada pegawai perhubungan yang sentiasa memberi komitment dan sokongan kepada kegiatan pengelola.Beliau juga menerangkan tentang perkembangan terkini beberapa isu berkaitan pengelola.
Sementara Tuan Haji Zakaria Mohamed, mantan Penyelia Kanan, PPD Besut berucap mewakili rakan pengelola yang telah bersara.


No comments:

Post a Comment