Friday, December 16, 2011

Contoh Pemindahan dan Kenaikan Gaji SBPA

 Klik untuk besarkan

 Bagi memudahkan kefahaman rakan-rakan yang bertanya berkaitan pemindahan gaji dan kenaikan gaji dalam SBPA maka kami analisa (seperti yang kami faham) sebagaimana satu contoh gaji guru gred DGA38 yang kita namakan A.

  • A pada 1.1.2012 pada skim gaji SSM berada pada T10 P1 dengan gaji RM4,333.91
  • A pada 1.1.2012 menerima SBPA, gajinya dalam SSM akan bergerak ke T11 P1 dengan gaji RM4,497.26
  • A pada 1.1.2012 dengan gaji RM4,497.26 akan ke skim SBPA mata gaji terdekat T8 gaji RM4,565.00
  • A pada 1.1.2012 dari gaji RM4,565.00 akan menerima kenaikan gaji tahunan di SBPA, T9 (RM4,760.00)

Jumlah keseluruhan gaji naik sehingga gaji baru T9 SBPA RM4,760.00 ialah RM426.09

Prinsip pemindahan dan kenaikan gaji bagi gred lain adalah sama sahaja. Jika pemahaman kami silap dan anda mempunyai maklumat yang lebih terkini dan amat jelas sila maklumkan kepada kami.

Apa-apapun kita tunggu LAMPIRAN C (SIFIR GAJI SEBENAR SBPA)


No comments:

Post a Comment