Tidak kurang stress, takut, bimbang dan berdebar ialah guru yang "sebenar" guru. Guru yang makan gaji tidak kisah subjek mereka meningkat atau tidak. Tetapi guru yang sebenar guru akan takut dan bimbang subjek mereka merudum. Merudum bermakna SKT mereka tidak capai dan KPI mereka tersasar. Implikasi besar prestasinya bagaimana, bolehkah diberi 95% ke atas kalau tidak capai SKT dan KPI? Pada kami guru yang ada "perasaan" takut dan bimbang adalah manusia guru yang ada jiwa guru. Guru yang tidak kisah dan tidak merasa apa-apa bila tiba zaman SBPA nanti akan tahulah nasib dan kedudukan mereka jika SKT dan KPI ini dijadikan instrument mutlak pengukuran prestasi.
Sebenarnya entri kali ini saya ingin fokus kepada ibubapa calon PMR. Jika ibubapa mempunyai perasaan tertekan dan bimbang menunggu keputusan PMR anak, itulah tandanaya anda seorang ibubapa yang baik. Dalam masyarakat kita hari ini ramai ibubapa yang tidak kisah atau cakna mana tentang anak-anak mereka. Mereka sibuk, tiada masa berkualiti bersama anak dan mereka membiarkan persekitaran yang rencam dan ganas mendidik dan mentarbiah anak-anak mereka dan akhirnya mereka meninggalkan pewaris yang bangkrap akal budinya.
Nasihat kami kepada ibubapa yang bakal menerima keputusan anak-anak agar bertenang. Paling penting walau apa keputusannya terimalah dengan berlapang dada dan seadanya. Akui itulah kemampuan dan keupayaannya jika selama ini hasil keputusan setiap ujiannya setara pada standard itu. Jika selama ini anak kita hanya mendapat 1A sahaja dan keputusan besok mereka mendapat 3A atau 4A mereka sudah dianggap cemerlang kerana "go beyong" dari kebiasaan mereka. Jangan sesekali mengutuk, berleter atau menunjukkan tanda kecewa dan kesedihan dalam saat mereka juga mungkin kecewa dengan pencapaian mereka. Saya amat yakin anak-anak yang tidak pernah dalam ujian atau oti mereka mendapat 8A akan kecewa jika mereka tidak dapat 8A. Saya yakin anak-anak yang seringkali dapat 1A, tiba-tiba PMR dapat 3A pasti mereka amat gembira. Oleh itu jangan kita luluhkan dan suramkan sedikit kegembiraan mereka dengan kekecewaan kita.
PMR bukan penyudah dan pengakhiran kepada hasrat kita ibubapa dan anak-anak. Perjalanan masih jauh dan terbuka luas. Apa yang kita mahu anak kita menjadi manusia yang boleh memberi kesejahteraan pada diri dan masyarakat suatu masa nanti. Kita mungkin tidak mahu anak kita cerdik tapi perangai macam setan. Kita nak rohani,ukhrawi, sahsiah dan adab seimbang justru itu banyak jalan untuk anak kita memacu laju ke hadapan. Lepasan PMR boleh menyambung pelajaran melalui laluan akademik biasa ke Tingkatan 4 hingga universiti atau laluan latihan kemahiran KPM atau agensi lain hingga ke universiti. Plan Tranformasi Pendidikan seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah:
No comments:
Post a Comment