Wednesday, December 14, 2011

Mesyuarat dan Bengkel Penyelarasan Pengisian Perjawatan Sekolah Rendah Terengganu Tahun 2012

KOTA BHARU - Satu lagi aktiviti utama Unit Sekolah Rendah sedang berlangsung di Hotel Renaissance Kota Bharu. Ketua Aktiviti Rendah ,E. Jelani bin Sulong yang juga Ketua Unit Sekolah Rendah JPN Terengganu  telah mengetuai program penting yang bermula pada 13 hingga 15 Disember 2011. Ianya ialah Mesyuarat Penyelarasan Pengisian Perjawatan Guru / Bukan Guru / Kelas Sekolah Rendah Terengganu Sesi 2012.

En. Zakariah bin Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah telah meluangkan masa walau dalam kesibukan  bagi menyempurnakan pengeluaran Surat Kelulusan Perjawatan Sekolah Rendah Sesi 2012. Surat yang menjadi punca kuasa utama bagi pengoperasian sekolah sesi 2012 ini akan diedarkan ke sekolah-sekolah oleh PPD masing-masing pada minggu depan.   

Semua Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah terlibat menjayakan bengkel  yang dipimpin oleh En. Mat Lin bin Mat Nor, Penolong Pengarah Pengurusan Data dan ABM Rendah JPN Terengganu yang merupakan desk-officer ABM Perjawatan Rendah. Turut terlibat menjayakan aktiviti penting ini ialah Ketua Unit Pendidikan awal Kanak-Kanak dan Prasekolah bersama-sama pegawai  lain dari Unit Rendah, Unit Pra, Unit Perjawatan Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan dan Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.

Kita berharap dengan siapnya sijil atau surat ini pihak sekolah dapat mengatur jadual waktu mengajar, agihan tugas, pembukaan kelas dan mengambil langkah perlu berdasarkan kelulusan perjawatan ini agar sesi persekolahan berjalan lancar tanpa gangguan. Semua sekolah mesti mematuhi kelulusan ABM ini dan sebarang pindaan pembukaan atau penutupan kelas mesti mendapat kelulusan Pengarah Pelajaran Negeri. Unit Sekolah Rendah akan memaklumkan kepada sekolah atau PPD jika terdapat apa jua perubahan. 


No comments:

Post a Comment