DUNGUN - Hari ini adalah hari kedua proses Temuduga iGPK32 Pengisian GPK untuk Tahun 2012 dan daerah yang terlibat ialah daerah Dungun. Seramai 24 calon daripada 25 orang calon yang disenarai pendek daripada 47 orang pemohon menghadiri temuduga hari ini. Sementara mana-mana pemohon yang tidak dapat menghadiri temuduga pada tarikh dan pusat ditetapkan atas sebab-sebab yang dibenarkan urusetia negeri boleh memilih mana-mana pusat yang dikehendaki sehingga zon temuduga berakhir 13 Disember depan.
Secara amnya prestasi calon agak baik. Namun ada yang masih gagal mematuhi etika berpakaian sebagai dikendaki pekeliling serta lemah pengetahuan dalam memahami dasar-dasar KPM. Apa yang agak menarik majoriti calon seakan muafakat pandangannya bahawa GPK yang hebat mesti mahir ICT, berpengetahuan, perihatin terhadap pasukan organisasinya. Ini bermakna mana-mana pengurus sekolah yang lemah dalam aspek berkaitan mereka akan terus ketinggalan dan akan hilang penghormatan daripada anak buah mereka. Maka transform segera...
No comments:
Post a Comment