SETIU - Hari ini siri temuduga iGPK32 untuk pengisian GPK Tahun 2012 menemuduga 18 orang daripada 20 calon yang disenaraipendek oleh Panel PPD Setiu. Keseluruhan permohonan yang diterima bagi daerah Setiu hanya 27 permohonan antara yang paling sedikit berbanding dengan daerah-daerah lain. Kita tidak tahu apa sebabnya. Adakah maklumat dan info tidak sampai walau ruang sebulan dibuka atau ramai daripada Guru Penolong DGA32(KUP) Time Base daerah Setiu tidak berminat dalam bidang pentadbiran.
Kita berharap calon yang ditemuduga dan berwibawa dapat memenuhi kekosongan perjawatan GPK di daerah Setiu jika tidak kemungkinan calon dari daerah lain akan mengisi kekosongan di daerah berkenaan. Sewajarnya Guru Besar dan PPD belajar bagaimana pengisian Guru Besar yang diranking mengikut ranking negeri dengan jumlah permohonan yang ramai maka adalah didapati calon-calon dari daerah lain yang prestasi keseluruhan lebih baik akan datang mengisi perjawatan di daerah lain. Kita dapati ramai GPK daerah Dungun tersenarai sebagai Guru Besar bagi tahun 2010 dan 2011 dan mereka mengisi perjawatan itu di daerah lain seperti Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu dan Marang kerana ketiadaan kekosongan di daerah Dungun dan senarai mereka di atas dalam jumlah yang agak ramai dari calon daerah lain. Sewajarnya setiap daerah apa perancangan dan strategi bagaimana melahirkan pemimpin sekolah yang boleh bersaing hebat di masa hadapan. Pengisian iGPK32 barangkali satu metadologi mengenalpasti pimpinan berwibawa pada masa depan.
No comments:
Post a Comment