Sunday, December 11, 2011

Temuduga iGPK32 Daerah Besut

BESUT - Kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua calon iGPK32 daerah Besut yang dapat hadir seratus peratus temuduga hari ini walaupun daerah Besut dilanda hujan sepanjang hari. Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Panel PPD Besut yang telah membuat saringan awal dengan memilih calon yang tepat dan berwibawa. Kami faham untuk memilih 20 orang calon dari 155 permohonan bukan kerja yang mudah. Banyak perkara terpaksa dinilai agar mereka yang dipilih untuk temuduga benar-benar mereka yang boleh memikul amanah untuk mengurus sekolah dan meneruskan legasi kecemerlangan pendidikan daerah Besut.

Namun begitu pengisian GPK tahun 2012 bergantung kepada jumlah kekosongan yang ada di setiap daearh. Jumlah sebenar akan dapat ditentukan selepas tawaran opsyen persaraan 60 tahun dalam SBPA nanti. Jika jumlah kekosongannya kecil maka calon yang mempunyai ranking tertinggi bakal ditawarkan terlebih dahulu. Sebenarnya banyak kemungkinan akan berlaku dalam SBPA. Sama-sama kita tunggu dan lihatnya.

No comments:

Post a Comment