Sunday, March 3, 2013

Yang pergi kita iringi doa, yang tinggal teruskan perjuangan

Telah menjadi lumrah dan fitrahnya kehidupan, bahawa hidup ini telah ditentukan pasangannya. Itulah suratan yang mesti kita tempuh, yang perlu diterima dengan penuh redha walaupun perit dan sakit. Semua itu mengajar kita menjadi manusia cekal, sabar dan bijaksana mengatur hidup meniti gelombang dan badai.

Begitulah hari ini  Ketua Unit Sekolah Rendah yang kami hormati dan kasihi En. Jelani bin Sulong dengan rasminya memulakan tugas baru sebagai Ketua Penolong Pengarah, Sektor Penilaian dan Peperiksaan bagi menggantikan YM Tuan Pail yang menjadi Pengetua SMK Telemong, Hulu Terengganu. Satu majlis penyerahan tugas telah diadakan pada Mesyuarat Sektor Peperiksaan dan Penilaian di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu.

Pada sebelah petang telah diadakan majlis ringkas menghantar En. Jelani Sulong ke Sektor Peperiksaan dan Penilaian . Program dimulakan dengan bergambar kenangan bersama-sama pegawai dan kakitangan Unit Sekolah Rendah dan kemudiaan diikuti dengan bacaan doa oleh En. Kamal Abdullah, Penolong Pengarah Guru Sekolah Rendah. Selepas itu perarakan menghantar dengan iringan selawat diadakan. Turut sama bersama pegawai dan staf Unit Sekolah Rendah ialah En. Hamid bin Yahya, Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran.

Rombongan kami disambut oleh Ketua Sektor, Sektor Peperiksaan dan Penilaian, pegawai dan staf. Selepas itu KPP Sektor Peperiksaan dan Penilaian yang baru memasuki pejabat baru beliau.

Walaupun terasa kesedihan berpisah dengan seorang ketua yang dedikasi, seorang sahabat dan kawan yang sejati namun kami berharap mantan Ketua Unit Sekolah Rendah dapat meneruskan tradisi cemerlang tugas di tempat baru dan kami yang tinggal akan teruskan perjuangan bersama Ketua Unit Sekolah yang baru bagi mengangkat pengurusan pendidikan sekolah rendah ke tahap terbaik..

 Akar seruntun di tepi perigi
Tempat bermain anak seluang
Walaupun tidak bersama lagi
Budi tuan tetap di kenang

 Burung kedidi burung tempua
Terbang ke mari membuat sarang
Taun yang pergi diiringi doa
Kita yang tinggal terus berjuang

Majlis Penyerahan Tugas
Bergambar kenangan
Bacaan doa
Perarakan
Simbolik penyerahan
KPP Peperiksaan dan Penilaian di pejabat baru

Tahniah dan selamat bertugas...



1 comment:

  1. Tahniah! Bersama mempertingkatkan budaya kecemerlangan

    ReplyDelete