KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Bersama-Sama Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bagi membicarakan Dasar-Dasar Baru KPM dan Tranformasi Pendidikan kepada warga JPN Negeri serta guru sekolah rendah dan menengah Terengganu . Majlis yang dihadiri hampir seribu orang guru dan kakitangan pendidikan itu telah diadakan di Dewan SMK Chendering, Kuala Terengganu.
Yang Berbahagia, Dato' Haji Sufaat bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah mengambil masa dua jam bagi menerangkan dasar-dasar baru KPM dan Tranformasi Pendidikan Negara. Banyak isu-isu yang menarik disentuh beliau yang menjentik minda kita untuk berfikir. Beliau sedar ada sesetengah pihak mempersoalkan apa perlunya tranformasi pendidikan. Beliau telah menggambarkan konsep dan kerangka tranformasi ini berdasar riwayat kitaran hidup seekor helang yang gagah. Cuba kita renungi analogi ini.
Helang mampu hidup sehingga 60 hingga 70 tahun dalam kitaran hayatnya. Bagaimanapun untuk hidup selanjut itu banyak cabaran dan perubahan perlu dibuat dan ditempuh oleh seekor helang. Apabila seekor helang mencapai umur 40 tahun tiga perkara besar berlaku dalam hidupnya. Pertama kukunya sudah menjadi terlalu panjang dan agar sukar untuk lebih cekap dan mantap mencengkam mangsa. Kedua, paruhnya menjadi semakin bengkok dan agak sukar untuk mengoyak dan menggigit mangsa. Ketiga, sayapnya dan bulu semakin berat dan ini menyebabkan pergerakan menjadi lembab dan kurang pantas.
Dalam situasi ini helang ini mempunyai dua pilihan. Terus hidup atau mati. Keputusan perlu diambil. Perubahan perlu dilakukan. Jika pilihan untuk terus hidup menjadi keputusan maka helang akan terbang ke pergunungan . Di sana nanti demi untuk survival ia perlu menanggung segala kesakitan dan kepayahan. Helang tadi akan mencari batu yang kuat dan akan mematahkan paruhnya. Kemudiaan ia menunggu beberapa lama sehingga tumbuh paruh baru yang kuat. Dengan paruh baru itulah helang akan mencabut kukunya yang panjang. Sekian waktu kuku baru yang kuat pula akan tumbuh. Dengan paruh dan kuku baru ia akan mencabut bulu sayap dan badannya. Tempoh sukar itu akhirnya berakhir yang memakan masa selama lima bulan. Selepas itu ia mampu hidup dengan gagah untuk tiga puluh lima tahun akan datang.
Begitulah proses tranformasi helang. Begitu juga apabila kita mahu menjadi negara maju maka pendidikan kita yang melebihi 50 tahun lebih perlu dibuat tranformasi jika tidak kita akan terus tertinggal di belakang. Menurut beliau memanglah sukar dan payah sedikit peringkat permulaan . Hendak berubah mestilah menanggung sedikit kesakitan. Namun yang penting iltizam dan komitmen yang kuat untuk berubah selalu menjadikan halangan sebagai peluang bagi mencipta kejayaan.
John.F Kanadey. Presiden Amerika Syarikat yang ke 35 pada tahun 1961, menyatakan komitmen untuk menghantar manusia ke bulan. Walhal pada waktu itu Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) mungkin belum apa-apa mengenai impian ke bulan. Dan hasil komitmen itu pasukan kejuruteraan angkasa lepas perlu menyelesai seribu satu macam isu-isu teknikal berkaitan dengan komitmen presiden itu seperti berapa saiz kapal, engin dari bahan apa, baju angkasawan dan bermacam-macam lagi. Sudah tentu jika kita kata "boleh buat tapi payah" pasti ia adalah petunjuk kepada kegagalan . Namun jika ada yang mengatakan " payah ni, tapi boleh buat" ia adalah sinar untuk mencipta kejayaan. Tahun 1969 ,Neil Amstrong menjadi angkasawan pertama Amerika dan dunia yang sampai ke bulan hasil dari komitmen presidennya.
Kata beliau lagi, "Kejayaan bukan penyebab untuk kegembiraan tetapi kegembiraanlah penyebab kepada kejayaan" . Mungkin ada benarnya kerana dengan bekerja dalam kegembiraan, keseronokan serta kepuasan kita akan mampu melahirkan kreativiti dan mencurahkan sepenuh komitmen tanpa berbelah bagi.
kisah ni menarik kerana sifat dinamiknya bersesuaian dengan agenda tranformasi pendidikan.. tapi bimbang sikap helang itu hanyalah eksperimen dan silap gaya dibunuh oleh tuannya kerana percaturan tuannya tidak merujuk sumber yang ada disekitarnya...lihat pppsmi, berbillion habis...tak tahulah apa selepas ni...
ReplyDelete