Friday, March 8, 2013

Mesyuarat Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Terengganu

KOTA  BHARU - Sektor Pengurusan Sekolah , Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah mengadakan mesyuarat peringkat sektor bermula 7 - 9 Mac 2013 di Pantai Cinta Berahi Beach Resort, Kota Bharu, Kekantan. Semua pegawai dan kakitangan daripada empat unit di bawah Sektor Pengurusan Sekolah telah hadir ke mesyuarat berkaitan.

Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah. Beliau juga menyampaikan ucap utama dan merasmikan mseyuarat berkenaan. Beberapa perkara besar turut dibincangkan seperti:
  1. Pengurusan Pemantauan Sekolah
  2. Pengurusan 5S
  3. Pengurusan dan Penggunaan Kalendar Google
  4. Pengurusan Mesyuarat PK16
  5. Taklimat Kejap
Selain dari itu, pengisian kerohanian turut diadakan melalui Sembahyang Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh. Pada sesi luang sebelah petang diisi dengan kegiatan reakrasi seperti futsal pantai dan juga acara sukan yang lain.

Sementara itu beberapa potfolio bertukar pemimpin. Mereka adalah:
  1. En. Rosli bin Chik sebagai Ketua Penolong Pengarah SPS yang baru
  2. En. Zakaria bin Muda sebagai Ketua Unit Rendah yang baru
  3. Pn. Hjh Norehan bt Sulong sebagai Ketua Unit Prasekolah dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kita berharap melalui mesyuarat profesional  seumpama itu bukan sahaja ilmu dan input baru diperolehi tetapi juga dapat mengeratkan tali silatulrahim anatara rakan sejawat sektor. Kita berharap melalui kepimpinan baru imej dan reputasi SPS akan terus meningkat...



1 comment:

  1. Salam.
    Penggunaan Kalendar Google melalui Gmail amat berguna untuk diaplikasikan dalam pengurusan sesebuah organisasi/personal.Penggunaannya juga boleh digabungkan melalui SMS. Bagi saya, sekiranya pihak pengurusan diperingkat jabatan dan sekolah dapat menggunakannya secara menyeluruh, ia sesuatu yang dapat memberi nilai tambah dalam pengurusan yang lebih afisen. Terima kasih.

    ReplyDelete