Thursday, March 14, 2013

Keputusan STPM diumum Isnin depan


Kuala Lumpur: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan Isnin depan.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan semalam berkata calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos. 


Cara semak keputusan

Calon juga boleh menyemak keputusan melalui khidmat SMS dengan menaip STPM ResultNo.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Menurut MPM, keputusan juga boleh diperoleh dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my bermula jam 12 tengah hari tarikh sama.

Sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada tarikh sama pada jam 12 tengah hari di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Pada tahun lalu, seramai 51,673 calon menduduki STPM membabitkan 47,780 (92.33 peratus) calon sekolah kerajaan, 1,112 (2.15 peratus) calon sekolah swasta, 2,795 (5.41 peratus) calon persendirian dan 58 (0.11 peratus) calon sekolah kerajaan negeri. 


No comments:

Post a Comment