Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani
Selamat
kita bertemu lagi.
Dalam usaha merealisasikan sekolah
yang berkesan, pengurusan sekolah yang mantap memerlukan kepimpinan
intruksional dan tranformasi daripada guru besar. Visi, Misi dan Matlamat Sekolah dapat direalisasikan sekiranya kepimpinan
sekolah menekankan aspek peningkatan kompetensi guru dalam banyak aspek
terutama dari segi ilmu, kemahiran dan sikap.
Kepimpinan sekolah dan guru perlu seiring dan sekata seperti kata
pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing; ke bukit sama didaki ke
lurah sama dituruni. Kepimpinan sekolah
harus ada “sense of belonging” dan rasa empty yang tinggi terhadap
subordinatnya ke arah mencapai hasrat sepertimana yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perkara
ini perlu disokong dengan suasana pembelajaran yang kondusif dalam dan luar
kelas. Pemuafakatan sekolah dengan
komuniti akan menjadi pemangkin kepada perubahan sekolah dalam membangunkan
generasi yang cekal dan berdaya tahan di samping menjadikan institusi sekolah
sebagai suatu institusi yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Tidak dapat disangkal bahawa sekolah
merupakan tempat melahirkan murid yang berkualiti dan mempunyai kemampanan
sahsiah, kecemerlangan ilmu dan kejituan semangat cinta akan negara.
Matlamat ini akan dapat dicapai oleh institusi pendidikan sekiranya
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tuntutan
Wawasan 2020 dan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dihayati dan
diimplemantasikan bersama-sama.
Sesungguhnya cabaran alaf baru
memerlukan pendekatan yang lebih strategik bagi menggunakan sumber pendidikan
sedia ada secara cekap dan optimum bagi mewujudkan sistem pendidikan yang
berkesan dan melahirkan individu yang terbaik.
Pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu menjadi teras utama pembangunan
pendidikan dalam merealisasikan kemenjadian murid dan kebolehpasaran tenaga
kerja menjelang Malaysia menjadi negara majupada tahun 2020.
Ledakan era globalisasi dan dunia
tanpa sempadan nyata memberi impak yang signifikan terhadaap pembangunan
pendidikan di Malaysia. Dalam konteks
ini pembangunan pendidikan menjadi semakin penting, lebih-lebih lagi apabila
kerajaan melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam tiga gelombang
bermula tahun 2013 sehingga 2025.
Akhirnya sebagai warga pendokong
pendidikan negara, marilah sama-sama kita berazam dan bertekad untuk sama-sama
menjayakan PPM demi kelansungan generasi mendatang.
Apakah anda mahu jadi guru biasa ataukah guru perkasa? Keluhuran dan ketajaman minda hati budi akan menentukan kejayaan yang terbaik (the best success)....selamat berkhidmat untuk anak-anak geneasi muda mencapai hasrat dan aspirasi dengan lebih tersohor lagi ternama....!!!
ReplyDeleteSorry, sir! I think, there's a typo in 2nd paragraph :
ReplyDeleteshould be 'empathy' instead of 'empty'.... ^_^