Sunday, March 3, 2013

Dua sekolah Terengganu tercalon ke peringkat akhir SBT

KUALA TERENGGANU - Tahniah kepada Kepimpinan dan warga SK Seri Berang, Hulu Terengganu dan SK Felda Selasih, Besut, Terengganu kerana terpilih untuk verifikasi akhir SBT 2012. Pemantauan dan verifikasi oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti akan bermula dalam masa terdekat.

SK Seri Berang dan SK Felda Selasih adalah antara 20 buah sekolah Band 1 yang telah mencalonkan diri secara online melalui web NKRA. Dua puluh buah sekolah ini telah mencalonkan diri masing-masing dengan lengkap dan sempurna berasaskan pelbagai bidang berkenaan. Hasil pengisian itu mereka akan memperolehi skor berasaskan kreteria yang ditetapkan. Satu skor "entry point" diputuskan untuk menentukan kelayakan verifikasi oleh JNJK. Pada peringkat awal daripada 20 buah buah ini , 6 daripadanya mencapai entry point iaitu SK Rantau Petronas, Kemaman, SK Seri Berang, Hulu Terengganu, SK Dusun, Hulu Terengganu, SK Maktab Perguruan Kuala Terengganu, SK Felda Selasih, Besut dan SK Kuala Berang, Hulu Terengganu..

Walau bagaimanapun oleh kerana SBT adalah status sekolah yang sangat berprestaj dan jika entry point minina kelayakan dikekalkan maka akan terlalu banyak sekolah untuk dinilai. Kemungkinan tahap markah minima entry point dinaikan, menyebabkan sekolah-sekolah yang berada dalam senarai tidak melepasi had kelayakan.

Sesuatu yang kita boleh pelajari dari situasi ini, sekolah-sekolah yang berhasrat meraih SBT perlu perancangan yang strategik dan menunjukkan hasil agar semasa mengisi secara online segala maklumat diperlukan dapat diisi dan memperolehi skor yang tinggi bagi melayakkan mereka diverifikasi. Sekolah- sekolah yang bertaraf SKK sewajar lebih jelas dan mudah kerana mempunyai peruntukan khas melaksanakan program dan menjurus ke arah SBT. Taklimat kepada Sekolah Band 2 yang lepas  adalah usaha strategik  ke arah SBT.

Marilah kita berdoa semoga dua rakan kita dapat menyediakan persediaan verifikasi terbaik dan seterusnya meraih Anugerah SBT bagi menambah bilangan SBT Terengganu...


No comments:

Post a Comment