Sunday, March 10, 2013

Kajian Keperluan Latihan di SK Asli

KEMAMAN - Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri sedang melaksanakan kajian berkaitan bagi mengenalpasti bidang keperluan latihan dalam perkhidmatan guru khususnya di SK Asli untuk diberi latihan dalam usaha memantapkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Hari ini kajian dan soalselidik berasaskan instrument khas oleh Bahagaian Pendidikan Guru telah dilaksanakan di SK Sungai Pergam, Kemaman. Pada 12 Mac nanti kajian berkaitan akan dilaksanakan untuk guru-guru SK Sungai Berua, Hulu Terengganu. Semua guru SK Sungai Pergam, Kemaman telah memberi respon yang positif kepada kajian ini. Kita berharap Bahagian Pendidikan Guru mampu mengenalpasti secara tepat keperluan latihan kepada guru khususnya guru-guru di SK Asli ini.

Sementara sambil menyelam minum air, En. Zakaria bin Muda, Ketua Unit Sekolah Rendah yang hadir sama bersama-sama Penyelia Kanan Projek Khas/Asli/ Kluster turut bertemu mesra dengan guru-guru SK Sungai Pergam, Kemaman. Beliau dalam ucapan ringkas menjelaskan bahawa kerajaan dan KPM tidak meminggirkan pendidikan masyarakat orang Asli dan peribumi. Beliau merakamkan setinggi penghargaan di atas kesudiaan dan kerelaan guru-guru untuk berkhidmat di SK Sungai Pergam. Beliau juga berharap Guru Besar dan guru-guru memikir cara bagaimana untuk menarik murid-murid ke sekolah di samping berusaha mempertingkatkan GPS dan SKPM yang merupakan komponen penentuan Band Sekolah.

Beliau berharap pengurusan sekolah dan para guru dapat melakukan sesuatu untuk mempertingkatkan Band Sekolah yang kini satu-satunya sekolah yang berada di Band 7 ke band yang lebih tinggi. Beliau menaruh keyakinan bahawa perkara demikian bukan mustahil kerana dengan kekuatan serta sumber-sumber yang ada band dan pencapaian SK Sungai Pergam mampu dipertingkatkan. Tegas beliau kunci kepada sesuatu kejayaan ialah sentiasa bersikap positif.


No comments:

Post a Comment