Sunday, March 10, 2013

Taklimat Ketua Unit Rendah yang baru

KUALA TERENGGANU - Pagi tadi satu perjumpaan dan taklimat ringkas telah diadakan oleh En. Zakaria bin Muda, Ketua Unit Sekolah Rendah kepada pegawai dan anggota kakitangan pelaksana (AKP) Unit Sekolah Rendah. Taklimat berkenaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Anjung Ilmu, Jabatan Pelajaran Negeri.

Antara lain  beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai adan AKP yang dapat hadir ke perjumpaan dan taklimat ringkas ini. Beliau mengajak dan menyeru supaya semua pegawai dan AKP dapat bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan bagi memantapkan kedudukan Unit Sekolah Rendah yang sudah berada pada kedudukan yang baik sekarang ini.  Beliau berharap jika beliau silap agar ada anggota yang memberi teguran bagi memperbaiki kelemahan dan kesilapan itu.

Ketua Unit Sekolah Rendah juga berharap beliau dapat belajar banyak perkara dengan pegawai dan AKP yang ada tentang tugas dan budaya kerja di Unit Sekolah Rendah. Beliau berbangga dengan  sikap dan cara bekerja pegawai dan AKP di Unit Sekolah Rendah dan sangat berterima kasih kepada kepimpinan jabatan serta mantan Ketua Unit Sekolah Rendah, En. Jelani Sulong yang meletakkan Unit Sekolah Rendah pada tempat yang terhormat dan tersanjung.

Rata-rata semua pegawai dan AKP mengucapkan tahniah dan berazam bersama-sama Ketua Unit Sekolah Rendah untuk melaksanakan amanah dan menjadikan Unit Sekolah Rendah sebagai unit yang mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya. Insyaallah.

Selamat berjuang


No comments:

Post a Comment