Thursday, March 21, 2013

Tahniah ! 31 orang Guru Besar menerima Anugerah Tawaran Baru 2012

Seramai 31 orang Guru Besar negeri Terengganu telah menerima Anugerah Tawaran Baru 2012 di sebuah di Bangi semalam. USR Blogger Team difahamkan penganugerah Tawaran Baru 2012 ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Penerima Anugerah Tawaran Baru 2012 telah menunjukkan peningkatan seramai 10 orang berbanding Tahun 2011 seramai 21 orang sahaja. Ada antaranya merupakan penerima anugerah kali  yang ketiga. Insentif yang diberi kepada Guru Besar yang menerima anugerah ini ialah berjumlah RM7,500.00. Lima peratus daripada jumlah guru menerima RM1,800.00 dan selebihnya akan menerima RM900.00 setiap orang. Sementara semua anggota pelaksana menerima RM500.00 seorang.

Daerah Hulu Terengganu antara penerima teramai dengan 8 orang dari pada 31 orang iaitu 26%. Tahniah kepada PPD Hulu Terengganu serta rakanp-rakan Guru Besar Hulu Terengganu yang setia bersama menjayakan agenda kecemerlangan pendidikan di Hulu Terengganu. Semoga nilai-nilai baik ini dapat dikuti oleh PPD lain untuk bersaing secara sihat.

Inisiatif Tawaran Baru Guru Besar yang dilaksanakan dibawah NKRA merupakan sebahagian transformasi kerajaan bagi mengangkat keterbilangan pengurusan sekolah dan menghargai mereka serta warga sekolah yang turut memberi sumbangan kepada kejayaan sekolah masing-masing. Kejayaan pendidikan adalah kunci kepada kejayaan negera.

Tahniah para sahabat kita yang hebat dan teruskan kehebatan itu bersama warga sekolah kita.

Senarai penuh penerima Anugerah Tawaran Baru 2012. KLIK

1 comment:

  1. Tahniah semua, khusus Cg Ayub Kasim, my xstaff di SMK Taman Medan ,KL telah memperlihatkan kredibitinya sebagai pemimpin sejak15 tahun dahulu.Moga Allah memberi ganjaran akhirat.

    ReplyDelete