KUALA TERENGGANU - Kami memohon maaf kerana agak lewat menyiarkan senarai pertukaran dan penempatan naik pangkat Guru Besar dan GPK. Ianya berkaitan masalah tenikal yang tidak boleh dielakkan. Walau apapun kita ucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang telah dilantik sebagai Guru Besar dan GPK yang baru dan rakan-rakan yang bertukar bagi memenuhi pusingan berkaitan atas kepentingan dan keperluan perkhidmatan.
Pemakaian sistem back to back kita harapkan tiada Guru Besar atau GPK yang kosong melebihi 14 hari. Jika ada ianya mungkin kekosongan akibat bersara pilihan sendiri tiada dalam makluman kami dan kemungkinan kelewatan panel cadangan peringkat PPD bersidang dan mengemukakan cadangan kepada urusetia negeri. Bagaimanapun setakat ini kita berpuashati dengan kerjasama semua maka sebarang kekosongan dapat diisi tidak melebihi 14 hari.
Kepada rakan Guru Besar dan GPK yang lama dan beralih arah di sekolah baru gunakanlah profesionalisma dan pengalaman mantap untuk membantu pendidikan di sekolah baru. Sementara kepada rakan-rakan yang baru dinaikkan pangkat buktikan bahawa anda adalah pilihan terbaik dengan belajar dengan cepat serta menguasai hasrat yang jelas, membina sikap positif, kuasai kemahiran-kemahiran serta ilmu pengurusan.
Tiada jalan singkat untuk berjaya namun tidak mustahil menjadi orang hebat dan berjaya dalam masa yang singkat jika tahu menguasai kuncinya.
Senarai penuh pertukaran dan penempatan:
No comments:
Post a Comment