Sunday, March 17, 2013

Taklimat Verifikasi Pengemaskinian e-Operasi SR Kali 1/2013

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu melalui Unit Sekolah Rendah telah mengadakan taklimat berkaitan kepada Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD seluruh negeri di Makmal Komputer, JPN Terengganu pada pagi ini. 

Taklimat berkenaan disampaikan oleh En. Mat Lin Mat Nor, Penolong Pengarah Data dan ABM Unit Rendah yang juga selaku Jawatankuasa Teknikal e-Operasi Kebangsaan. Antara perkara penting taklimat beliau ialah ;
  1. KPM dan pegawai kanan KPM mempunyai Id dan Password e-Operasi dan mereka boleh memantau perjawatan mana-mana sekolah bila-bila masa dan di mana-mana yang ada akses internet
  2. Pihak sekolah perlu memastikan data dalam e-operasi diupdate sentiasa terutama bila berlaku sebarang pertukaran keluar dan masuk
  3. Jawatan-jawatan guru yang berada di luar norm seperti Guru Besar, GPK, Guru Pemulihan dan sebagainya juga perlu dikemaskini.
  4. Proses kerja pengemaskini perlu dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:
    • Semua guru mesti mendaftar e-Operasi bagi mendapat Id dan Password. Mana-mana guru yang telah ada Id dan Password e-Operasi atau e-Gtukar tidak perlu mendaftar dan boleh menggunakan Id dan Password berkenaan sepanjang tempoh perkhidmatan.
    •  Guru-Guru sebagai pengguna ini hendaklah log in e-Operasi dan mengemaskini butiran data pada menunya. Mana-mana data yang silap dan tidak boleh dikemaskini hendaklah dimaklum butiran berkenaan secara bertulis kepada GPK Pentadbiran sekolah masing-masing
    • GPK Pentadbiran kemudian log in sistem e-Operasi untuk mengemaskini guru-guru yang telah kemaskini data mereka . GPK Pentadbiran pada menu mereka dikehendaki mengemaskini maklumat staf, subjek yang diajar dan enrolmen dengan segera. Manakala menu lain boleh dikemaskini secara berperingkat. 
    • Selepas GPK Pentadbiran selesai mengemaskini , Guru Besar pula akan log in sistem e-Operasi untuk mengesahkan data yang dikemaskini oleh Guru dan GPK Pentadbiran
  5. Semua GPK Pentadbiran akan diberi taklimat penggunaan menu dan tugas serta tanggungjawab dalam e-Operasi di peringkat PPD masing-masing.
  6. Jika pihak sekolah menghadapi apa jua masalah boleh berhubung terus dengan pegawai Unit Sekolah terlibat dan Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD masing-masing.

No comments:

Post a Comment