BismillahirahmaniRahim
Assalamualaikum
wbt.
Selawat dan
salam atas nabi Muhammad S.A.W
Marilah sama-sama kita memanjat rasa syukur kepada Maha Pencipta, Allah Taala kerana dengan izin dan
hinayah-Nya kita masih lagi dapat menikmati keindahan alam maya dan menghirup
udara segar. Bersyukur kerana kita masih
mampu bangun sendiri tetapi tidak dibangunkan, kita masih mampu mandi sendiri
tetapi tidak dimandikan, kita masih mampu memakai pakaian sendiri tetapi kita
tidak dipakaikan dan kita mampu sembahyang
tetapi kita tidak disembahyangkan.
Pertamanya saya mengambil kesempatan
untuk mengucapkan tahniah dan rasa kagum saya kepada penyelaras dan pihak yang
bertanggungjawab kepada blog Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri
Terengganu kerana masih mampu beroperasi dalam usaha menyampaikan seribu satu
macam maklumat termasuk maklumat pendidikan. Saya juga mengambil kesempatan
untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi ruang dan peluang untuk
mencoretkan dalam kolum khas “Bicara Ketua Unit” dalam blog ini yang akan disiarkan setiap
Khamis . Kesempatan yang diberi ini Insya-Allah
akan saya gunakan sebaik mungkin untuk sama-sama berkongsi maklumat dengan para
pengunjung blog ini.
Bersama-sama kesempatan ini saya ingin
merakamkan ucapan ribuan terima kasih saya kerana kepimpinan tertinggi Jabatan
Pelajaran Negeri Terengganu memberi kepercayaan
kepada saya untuk menerajui Unit Sekolah Rendah JPNT. Tidak lupa saya untuk mengucapkan terima
kasih dan syabas kepada Encik
Jelani Sulong, mantan Ketua Unit, Unit
Pengurusan Sekolah Rendah kerjaya menerajui Unit Sekolah Rendah dengan jayanya.
Saya berharap agar beliau sudi dan tidak keberatan memberi panduan dan buah fikiran dalam usaha
saya mengetuai unit ini dan ucapan selamat maju jaya kepada beliau di Sektor
Peperiksaan dan Penilaian. Saya juga
mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai dan
AKP dari Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah, JPNT kerana banyak membantu saya sewaktu mengetuai unit tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Mohd Rusli, En. Mohd
Zaki, Pn. Norizan dan Pn. Rohana aras kerjasama dan komitmen yang
diberikan. Terima kasih .
Saya juga berharap dan amat percaya
pejuangan saya di Unit Pengurusan Sekolah Rendah tidak keseorangan kerana di sana
pegawai dan AKPnya mempunyai kekuatan yang tersendiri. Saya amat percaya dan yakin mereka akan membantu saya seperti mana mereka
membantu mantan Ketua Unit dalam menjalankan tugas bagi mencapai hasrat, visi
dan misi JPNT. Sesungguhnya saya
amat memerluan bantuan tuan-tuan dan
puan-puan dalam menerajui unit baru ini.
Marilah bekerja bersama-sama.
Akhir kata terima kasih kepada
semuanya. Sekian. Wassalam.
Tahniah! Semoga USR akan terus mantap dibawah pimpinan Tuan.
ReplyDelete