SHAH ALAM 7 Mac - Kongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap ada berita
gembira yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
untuk kakitangan awam pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada kakitangan
kerajaan di Putrajaya pada 11 Mac ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman
berkata, pengumuman Perdana Menteri itu diharap akan menceriakan hampir 1.4
juta kakitangan awam termasuk 15,000 kakitangan awam yang dijadual menghadiri
pertemuan tersebut.
''Apa sahaja keputusan Perdana
Menteri biarlah menjadi penyuntik semangat dan melegakan kakitangan awam.
''Saya percaya mereka juga telah
lama menanti khabar selepas pembatalan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam
(SBPA) September lalu," katanya kepada Utusan Malaysia pada
Persidangan Kebangsaan Anggota Badan Berkanun di sini hari ini.
Omar mengulas harapan CUEPACS
terhadap pengumuman yang dinanti-nantikan oleh kakitangan awam melibatkan
tuntutan yang dikemukakan oleh kesatuan itu sepanjang tahun lalu.
Antaranya membabitkan kadar kenaikan
elaun tetap dan elaun perumahan, semakan kenaikan gaji maksimum, kenaikan gred
dan penambahbaikan sistem perkhidmatan sekarang berikutan pembatalan SBPA.
''Adalah penting tuntutan-tuntutan
itu dipenuhi kerana perkara tersebut merupakan antara pemangkin dalam
memastikan kakitangan awam menjalankan tugas secara lebih gigih dan
berintegriti," katanya.
semoga bukan sahaja gaji/elaun tetapi kebajikan lain akan juga diamabilkira spt peluang utk sambung belajar spt cuti dgn biasiswa dan gaji penuh ditingkatkan.
ReplyDeleteKalau naik gaji pun...xkan bangkrap..negara kot....ape yg baik harus dlaksanakan....perbelanjaan dulu, jauh berbeza dgn zaman skrg....x salah..untuk rakyat
ReplyDelete