Hari ini semua PPD kecuali PPD Kemaman telah mengadakan taklimat pengemaskinian e-Operasi kepada semua GPK Pentadbiran. Proses pengemaskinian data dan maklumat oleh semua guru telah dimaklumkan pada pertengahan Februari lalu dan dijangka ditutup sepenuh sehingga selesai pengesahan oleh Guru Besar pada 25 Mac ini.
Kami juga menerima panggilan daripada guru-guru bertanyakan nombor Id dan Password. Tradisi pelupa ini telah berakar sejak sistem e-Operasi dan eg-Tukar wujud lagi. Id dan Password guru tetap ada jika mereka pernah mohon bertukar secara online atau pernah mengemaskini e-Operasi sebelum ini. Manakala bagi guru-guru yang belum mendaftar eg-tukar atau e-operasi mereka memang tiada Id dan Password dan perlu mendaftar. Namun ada juga dakwaan guru yang belum pernah mendaftar kedua-dua sistem ini memiliki Id dan Password. Hal ini boleh ditanya kepada pihak pengurusan atau guru data di sekolah masing-masing.
Ketua Unit Sekolah Rendah, En. Zakaria Muda sempat meninjau taklimat dan bengkel e-Operasi di perin gkat PPD Marang. Bengkel pengemaskinian berasaskan menu GPK1 ini diurus dan dikendalikan oleh En. Hamid bin Daud, Penyelia Pengurusan Sekolah PPD Marang. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik.
Tinjauan USR Blogger Team di daerah-daerah lainpun, taklimat dan bengkel berkaitan juga berjalan dengan baik dan kita amat berharap semua data guru dan lain-lain data Sekolah Rendah yang patut dan dikemaskini ada dalam e-Operasi untuk sekolah masing-masing . Dan jika ada masalah sila hubungi Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD masing-masing.
No comments:
Post a Comment