Thursday, March 7, 2013

Pertukaran dan Penempatan Guru Besar dan GPK kuatkuasa 1 Mac 2013

Tahniah kepada mereka yang dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar dan juga GPK mulai 1 Mac 2013. Tahniah dan terima kasih juga kepada rakan Guru Besar dan GPK yang dapat bertukar ke sekolah baru mulai 1 Mac 2013 sama ada yang memohon atau atas cadangan PPD masing-masing bagi memberi pengalaman serta membantu memperkuatkan barisan kepimpinan di sekolah baru berkaitan.

Kita sangat berharap GPK dan guru-guru dapat memberi kerjasama kepada Guru Besar baru dan kepada GPK baru khususnya belajarlah dari rakan sejawat dan perolehi bimbingan dari Guru Besar tuan/puan. Tugas Guru Besar dan GPK lebih cenderung kepada mengurus  bukan sekadar pentadbir. Tugas pengurusan lebih luas dan menyeluruh termasuk mendorong,memberi motivasi, merancang,memantau,membuat keputusan dan jangkaan, mengenalpasti potensi dan kebolehan dan sebagainya lagi..

Justru itu setiap pengurus sekolah sama ada yang lama dan baru perlu menguasai seni mengurus ini supaya anda punyai target, atitud atau sikap, kemahiran dan pengetahuan (TASK) sebagai pengurus yang punya kebolehan dan ketrampilan. Ianya akan mudah untuk dipelajari jika berupaya merendahkan ego sendiri.

Guru Besar dan GPK yang tersenarai boleh mendapatkan surat pertukaran/penempatan di PPD masing-masing hari ini.

  • Senarai Guru Besar. KLIK

0 ulasan:

Post a Comment