Sementara kesatuan guru pula ada berbelas buah tidak termasuk persatuan-persatuan yang melibatkan warga pendidikan. Kebanyakan kesatuan guru bergabung di bawah payong Kongres. Namun gabungan kesatuan di bawah Kongres ini jarang kita dengar dan disebut berbanding NUTP yang seolah-olah menjadi suara utama kaum guru.
Apa yang penulis ingin gambarkan bahawa besarnya kuantiti kaum bernama guru dan jika mereka sehati sejiwa sekepala alangkah besarnya pengaruh mereka. Kata orang tua kuatnya lidi yang halus apabila digabung menjadi seberkas. Kekuatan pengaruh inilah menjadi "kuasa" yang tidak mudah diganggu gugat. Ini bermakna orang barangkali tidak sewenang-wenang menuduh dan mencemuh guru walaupun perkara kecil dan remeh-temeh. Jika kita perhatikan jika ada kes melibatkan guru selalu disensasikan dipelbagai media. Pertama mungkin masyarakat sangat perihatin tentang tukang membina manusia dan peradaban agar sentiasa tinggi integritinya. Kedua kerana orang tahu bila kata apapun kita warga guru tiada kepedulian untuk mempertahankan.
Begitu juga dalam pelbagai isu-isu besar negara yang melibatkan soal keselamatan serta maruah bangsa dan agama jarang kita dengan suara-suara orang kuat kesatuan guru atau guru sendiri menyatakan sokongan secara lantang jelas dan nyata. Tentunya sangat wajar sebagai anggota kakitangan awan kerajaan "on the day" kita menyokong dasar-dasar dan usaha-usaha kerajaan. Apa yang selalu diputarbelitkan dan membuat sesetengah kakitangan awam takut ialah bila menyokong kerajaan seolah-olah dia menyokong parti. Menyokong kerajaan yang memerintah dan menyokong parti dua perkara berbeza. Kerajaan akan kekal sampai bila-bila tetapi parti yang menunjangi kerajaan mungkin akan berubah-ubah. Malang sekali kita yang cerdik terperangkap dalam putaran polimik idealisme melulu.
Kadang-kadang kita rasa terpukul bila ada orang cakap "cikgu le ning dak rok". Atau kita rasa terhina bila orang kata " Cikgu le ning dak macam cikgu dulu. Cikgu dulu semangat patriotik tinggi. Cikgu ler ning padan dok tilik kete jer".Agaknya kerana kita terlalu pasif maka masyarakat telah menilai kita sedemikian dan meletak di tempat yang tidak sewajarnya.
Kitapun hairan mengapa kita kurang supportif camtu. Kadang-kadang bila diperhatikan ada juga benarnya. Sebagai contoh guru kita kadang-kadang hendak bertepuk tangan dalam majlis pun malas. Kalau tepuk pun tidak bermaya sekadar melepas batuk di tangga. Apalagi untuk memberi sokongan dan penghormatan secara "standing ovation" jauh sekali.
Situasi ini menggamnbarkan bahawa dalam proses pengajaran dan pembelajaran kita juga jarang memberi aprisiasi kepada murid kerana ianya seolah-olah bukan menjadi amalan dan budaya kita. Tidak mungkin sesuatu yang tidak sebati dengan diri kita dapat kita amal dan terjemahkan dalam realiti sebenar kehidupan. Sewajarnya nilai-nilai suportif sebagai peneguh dan pengukuh serta motivasi menjadi budaya dalam amalan kehidupan. Kita percaya bila sentiasa terdidik dengan nilai suppotif ini murid akan menjadi seorang yang tahu menghargai dan berterima kasih.
Kita tetap yakin dan percaya bahawa guru-guru kita sentiasa supportif. Buktinya banyak dasar-dasar dan program KPM dilaksana dengan baik dan berjaya. Cuma barangkali kita perlu nyata dan zahirkan secara nyata dan jelas melalui tindakan dan amalan kita. Dalam zaman hitam-putih tahi cicak ini yang nyata terbukti pun masih diragui apalagi kebenaran yang hanya tersembunyi di lubuk hati. Kalau kita harimau maka kita mengaumlah secara harimau.
saya setuju dengan penulisan tuan. dalam soal patriotik rata2 cikgu seolah2 segan nak tunjuk sedangkan cikgu jugaklah yang mengajar murid2 erti patriotik contoh paling mudah sewaktu menyanyikan lagu negaraku dan lagu negeri sewaktu perhimpunan sekolah.ramai cikgu yang tidak menyanyi bersama murid ada jugak yang bercakap2 terutama yang berdiri di belakang. kepimpinan melalui teladan sudah terhakis.maaf jika ada yang terasa. cuma teguran sesama kita.cermin diri hiasi peribadi.
ReplyDeletesejak akhir2 ni ramai guru panadi bercakap KPM tak betul dan sbginya...setelah mendapat gaji besar pangkat tinggi...betul2 tak sedar diri....mengajar pun alah kadar lebih sikit melenting.....
ReplyDelete