Tuesday, April 26, 2011

Sekitar Perasmian Hari Terbuka Pusat Sumber Sekolah,SK Seberang Takir

Hari ini SK Seberang Takir telah mengadakan buat julung kalinya Hari Terbuka Pusat Sumber Sekolah. Ketua Unit Sekolah Rendah,En.Jelani Sulong telah dijemput untuk merasmikan majlis berkenaan.

Hari Terbuka Pusat Sumber Sekolah,SK Seberang Takir bukan sahaja usaha memperlihatkan peranan dan fungsi PSS kepada masyarakat atau ibubapa tetapi juga mengupayakan sumber-sumber lain sebagai bahan sumber pembelajaran yang bermakna dan efektif. Sehubungan dengan itu berbagai agensi strategik seperti Pusat Sains Terengganu,Pertahanan Awan,Agensi Anti Dadah Kebangsaan,penerbit Majalah Kuntum dijemput untuk terlibat sama memeriahkan hari terbuka berkenaan melalui pameran intraktif masing-masing.

Ketua Unit Rendah dalam ucapannya menyifatkan usaha mengadakan Hari Terbuka PSS ini sebagai satu wahana yang sangat bermakna untuk membina,menghayati dan mencintai budaya ilmu di kalangan para pelajar.

Selain dari itu Pengurusan Sekolah,guru serta ibubapa perlu berganding bahu menyatukan hasrat,pemikiran dan daya usaha untuk membangun kecemerlangan pendidikan  di SK Seberang Takir agar menjadi sekolah terbilang dan terunggul. Beliau melahirkan keyakinan biarpun kedudukan ranking sekolah ini yang agak ke bawah  sedikit namun jika pelbagai usaha strategik seperti hari ini dirancang dan dilaksanakan dengan baik , apa tah lagi dengan komitmen yang telah diberikan oleh Yang Dipertua PIBG,YB Haji Ahmad Razif bin Abd.Rahman,yang juga EXCO Pelajaran Negeri Terengganu maka tidak ada sebab prestasi sekolah tidak dapat dilonjakkan.

Berikut adalah gambar di sekitar majlis berkenaan


2 comments:

  1. Tahniah SK Seberang Takir...dengan adanya komitmen daripada semua pihak, apa jua program yang dirancang pasti dapat dilaksanakan..

    ReplyDelete
  2. SK Telaga Papan pun boleh buat jika ada keinginan untuk "go beyond" dari atas sampai ke bawah

    ReplyDelete