Hadir sama dalam majlis perasmian berkenaan ialah En.Salim bin Ab. Ghani,Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan En.Jelani bin Sulong,Ketua Unit Sekolah Rendah. Dalam ucapan yang memakan masa hampir dua jam itu yang Berbahagia Pengarah telah menyentuh pelbagai aspek yang dapat kita rumuskan sebagaimana berikut:
1. Kursus sebagai changing enviroment dan sebagai program intim (silarutulrahim) atau “into improve”
2. Sebagai guru kita hendaklah sentiasa membuat penilaian yakni:
a. Menilai kerjabuat kita .Adakah kita buat sekarang dan apa yang sepatutnya (sejauhmana jurang tindakan)
b. Menilai hasil kerja . Apa yang sepatut dicapai dengan yang kita capai (jurang keberhasilan)
c. Adakah kerja dibuat secara sistematik
d. Awas dengan perangkap profesional(profesional trap). Lama buat kerja yang sama bukan menunjukkan berpengalamn. Berpengalaman merujuk membuat pelbagai kerja
e. Guru mesti menilai semula 4 perkara CIPP:
i. Menilai content
ii. Menilai imput
iii. Menilai proses
iv. Menilai product (outcome/output)
3. Pendekatan kaedah menambah ilmu:
Tradisinya kita bergantung kepada guru dan buku.Kini bukan hanya setakat
bergantung guru dan buku tetapi juga ICT
4. Guru mesti memiliki personaliti yang terbina dan mantap
a. Jauhkan “split personality “(baik tapi ganas)
b. Berilmu dan rasional dalam tindakan
c. Guru seorang yang profesional boleh kawal emosinya
d. Mengelak penyakit enomi (tidak dapat beza antara baik dgn tidak baik)
5. Cabaran sebagai seorang guru
a. melahirkan manusia bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu
b. melahirkan pelajar yang beriman dan juga bermoral
c. melahirkan pelajar yang punya kekuatan yang bersepadu dan menyeluruh IQ,EQ,SQ,FQ
6. Kualti kerja dan kecemerlangan
a. Kualiti kerja melaksanakan dan mencapai apa yang kita jangka
b. Kecemerlangaan bermakna “go beyond “ melebihi apa yang dijangkakan
c. Keperluan masa depan bergantung kepada kecemerlangan .Contoh dahulu semua A sudah dianggap cemerlang.Tapi sekarang dapat semua A+ dianggap sebagai cemerlang
d. Untuk mencapai kecemerlangan perlu berubah cara berfikir lebih future
e. Guru perlu mempertingkatkan pengetahuan supaya pedagogi dan pendragogi mecapai tahap terbaik melalui pembacaan. Ramai kalangan guru mengajar secara“free saiz fit all” untuk semua murid walaupun aras keupayaan berbeza.
f. Guru perlu menguasai nilai dan budaya murid yang berbeza bagi mendapat “productive pedagogi’
g. Guru perlu mengujudkan “supportif enviroment” dalam pengajaran-pembelajaran dan ini memerlukan bentuk pemikiran baru seperti analytic thinking,critical thinking,creative thinking.
h. Guru perlu meneroka pendekatan baru dalam menyelesaikan masalah kerja kita
i. Guru perlu pakar dalam pembinaan soalan yang berasakan JPU menepati indek kesukaran soalan
7. Guru mesti yakin dan perlu membina keyakinan kepada murid melalui latihan;
a. Sentiasa mahu duduk di depan dalam apa jua majlis
b. Sentiasa senyum
c. Sentiasa bercakap dengan orang di sebelah kita yang kita tidak kenali
d. Melatih diri berjalan
8. Dasar-Dasar Baru Kerajaan dan KPM
a. NKRA - National Key Result Area
i. NKRA Pendidikan – Memperluaskan akses pendidikan
1. Prasekolah
2. Linus
3. SBT
4. New Deals (Bai’ah)
b. PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah)
c. KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)
d. Dasar pengredan semula SPM
e. Dasar pengambilan Mata Pelajaran SPM
f. SKPM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia)
9. Latihan/Kursus
a. Setiap guru perlu menyediakan volume kerja tetap kepada murid
b. Latihan yang diberi kepada guru pula merupakan orientasi kepada budaya kerja berprestasi tinggi
c. Melahirkan sikap pemikiran yang posif
d. Mempertingkat visi,misi,dasar
e. Membina dan melahirkan dayajuang/mujahadah/can do mentality
f. Mempertingkatkan kemahiran sedia ada
g. Dapat memperkukuhkan kompetensi
10.R umusan
a. Peka dengan kehendak masyarakat
b. Tidak pernah puas
c. Pelbagaikan kaedah baru
d. Kuasai kemahiran untuk peningkatan
e. Nilai baiki diri,cara kerja dan system kerja kita
f. Mantapkan nilai-nilai aspirasi dalam pendidikan
No comments:
Post a Comment