Friday, April 8, 2011

URUSAN PEMANGKUAN GURU / PENSYARAH CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2011 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus.
  • Pemohon dari sekolah hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada JNJK Negeri (Lampiran I) selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
  • Pemohon dari Institut Aminuddin Baki, Kolej Matrikulasi dan sekolah-sekolah di bawah seliaan bahagian (Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan
  •  Sekolah Kecemerlangan, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian
  • Sukan dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian) hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada Pengarah Bahagian masing-masing selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
  • Pengarah Bahagian hendaklah mengemukakan senarai nama calon dan borang permohonan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya selewat-lewatnya pada Khamis, 26 Mei 2011.
Siaran,borang dan dokumen permohonan boleh didownload DI SINI atau layari web Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti DI SINI


JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI.MOHON JANGAN TAK MOHON.

0 ulasan:

Post a Comment