Hari ini saya dan Ketua Unit Sekolah Rendah memantau salah sebuah sekolah SKM yang kedua jauh ke pedalaman Hulu Dungun iaitu SK Kampung Shukur mengikut jadual ditetapkan. SK Kampung Shukur hanya ke bawah sedikit iaitu lebih kurang tiga kilometer dari SK Pasir Raja.Kami pernah datang ke SK Kampung Shukur pada awal tahun 2010. Kedatangan hari ini menunjukkan aura dan perubahan persekitaran serta iklim penyungguhan kendiri yang sangat jauh dari sebelumnya. Bukan sahaja terdapat surau baru tetapi juga satu bangunan baru kabin telah didiri dan digunakan untuk Tahun 4 dan 5.
Biarpun jauh ke pedalaman,berada di bangunan lama dan mencari-mencari port tertentu untuk talian celcom namun apa yang sangat menarik mereka sangat bersemangat dan sentiasa tersenyum. Walaupun ketika kami tiba Guru Besar tiada berkursus namun mereka memanafaatkan masa dengan kerja sukarela mengecat sekolah,membuat mural dan mengajar. Bila ditanya tentang pengurusan, mereka melahirkan rasa gembira dan bersemangat dengan Guru Besar baru mereka YM Tengku Mohammad bin Tengku Mustaffa. Tahniah kepada YM Tengku kerana berjaya membawa transformasi di SK Kampung Shukur. Inilah yang kita harapkan kepada kepimpinan bersifat "strong leadership" mampu membawa anak buah bersama menghayati dan mengkomunikasikan visi serta misi melalui tindakan strategik bukannya menjadi "the loser" belum berjuang dan berhasil telah tewas serta mengaku kalah dengan berjuta keluhan dan alasan retorika peribadi.
Melihat senario dan suasana maka tidak hairanlah SK Kampung Shukur telah membuat transformasi lonjakan prestasi sehingga mereka tersenarai antara sekolah dalam daerah Dungun bersama SK Ladang Gajah Mati,Dungun (SKM) beserta tiga puluh buah lagi sekolah yang memperolehi Anugerah Tawaran Baru (New Deal). Tahniah ! Mereka berazam untuk memastikan dua orang murid Tahun 6,2011 memperolehi 5A dalam UPSR nanti.
Dalam perbualan ringkas sebelum pulang rata-rata merasa seronok bertugas di SK Kampung Shukur dan ada antara mereka berkata " Alangkah baiknya kalau kawasan berdekatan atau sekitar ada kompleks rumah guru,kami tidak perlu berulang-alik jauh kerana sukar untuk dapat rumah sewa tetapi banyak masa boleh diguna untuk membangun pendidikan setempat". Kita berharap suara kerdil mereka yang mempunyai jiwa besar dapat didengar oleh pimpinan atasan agar transformasi pendidikan menyeluruh kawasan pedalaman dapat dilaksanakan dan membawa anak-anak bangsa pedalaman ke suatu dimensi kehidupan yang lebih bermakna.
Tahniah kepada pimpinan dan warga SK Kampung Shukur ! Kalian adalah pejuang bangsa yang sebenar.
No comments:
Post a Comment