Wednesday, April 6, 2011

Taklimat Pendidikan Wajib Kepada GPK HEM Baru Negeri Terengganu 2011


Unit Pengurusan Sekolah di bawah Pengurusan Murid dan Pendidikan Wajib menganjurkan taklimat berkenaan kepada semua Guru Penolong Kanan Hem Baru seluruh negeri Terengganu di Perdana Resort, Kota Bharu,Kelantan bermula 5 hingga 7 April 2011.

Tujuan utama taklimat berkenaan ialah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada semua GPK HEM Baru mengenai pengurusan murid dan pendidikan wajib seperti pertukaran,penempatan,pendaftaran,keciciran dan seumpamanya. Jabatan Pelajaran Negeri berharap melalui taklimat ini bukan sahaja ianya dapat mengurang atau menghapuskan salahlaku prosidur dan perlanggaran akta tetapi juga memberi keyakinan dan respektasi kepada GPK HEM selaku pegawai meja untuk melaksanakan tugas dengan dedikasi dan cemerlang.

En. Zakariah Ali,Ketua Sektor,Sektor Pengursan Sekolah telah sudi menyampaikan ucap utama dan merasmikan taklimat berkenaan. Beliau dalam ucapan menekankan berulangkali akan perlu para pimpinan pendidikan di sekolah serta guru meletakkan pendidikan murid sebagai keutamaan walau apa bentuk dan rupa sekalipun. Beliau seterusnya menyarankan GPK dan para guru menggunakan pendekatan yang bijaksana melalui komunikasi yang berkesan dalam menangani masalah pengurusan murid.

Selain dari isu pengurusan murid dan pendidikan wajib,urusetia juga menyelitkan isu naik pangkat supaya GPK memahami dan membuat persediaan rapi segala keperluan dan dokumen untuk permohonan gred naik pangkat lebih tinggi pada masa hadapan. Slot ini akan disampaikan sendiri oleh Ketua Unit Naik Pangkat,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Justru isu naik pangkat adalah isu hangat dan diminati ramai blog ini akan menyediakan laporan khas tentang isu dan kandungan ceramah ini. Insyaalah.

1 comment:

  1. Mohon sediakan laporan khas tentang isu dan ceramah kpd GPK HEM Baru yg telah diadakan pada 5 - 7 April 2011 untuk rujukan GPK HEM yang baru dilantik.

    ReplyDelete