Saturday, April 30, 2011

Loparan Mingggu Terakhir - Ujian UKM 1 - Permatapintar - Penyertaan Merosot berbanding 2010

Negeri Terengganu
SK - 337 buah
SJKC - 10 buah
SMK - 111 buah
SMKA - 6 buah
SABK -14 buah
SBP -5 buah
SMT - 5 buah
Negara
HANYA 0 HARI
Hari ini berakhirlah sudah tempoh untuk mana-mana murid sekolah rendah Tahun 2 hingga Tahun 6 dan pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 mengambil ujian UKM1 yang dimulakan dari 1 Februari hingga 30 April 2011. Secara umumnya dari data yang diperolehi di atas penyertaan seluruh negara telah merosot berbanding tahun lepas. Lihat di bawah kedudukan hari terakhir 2010.
Sepanjang tempuh dua bulan berlangsungnya Ujian UKM1,2011 blog ini telah menyiarkan laporan kedudukan terkini penyertaan setiap minggu tanpa gagal sebagai usaha menarik perhatian terutama pengurus sekolah tentang apa yang berlaku.Berdasar result penyertaan terkini tahun ini Terengganu berada di tempat keempat di belakang Johor ,Selangor dan Perak. Mengapa ? Oleh kerana blog ini blog Unit Sekolah Rendah yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan dan perjawatan sekolah rendah maka saya akan memberi fokus kepada pnyertaan sekolah rendah di Terengganu.

Berdasarkan keputusan di atas jumlah penyertaan murid sekolah rendah dari Tahun 2 hingga Tahun 6 ialah 7,954. Dari jumlah itu 7,494 orang datang dari 337 buah sekolah kebangsaan dan 460 orang dari 10 buah sekolah jenis kebangsaan Cina. Jumlah murid sekolah rendah sekolah rendah Terengganu termasuk prasekolah ialah 139,172 orang. Dari jumlah tersebut yang layak menyertai ujian ini setelah ditolak tahun 1 dan pra sekolah (29,925) ialah 109,247. Namun daripada jumlah itu hanya 7,954 orang atau 7.29% sahaja yang mengambil ujian ini. Mengapa ?

Kita merasa terkilan kerana dalam keadaan murid sekolah rendah kita dilimpahi dengan e-book dan terdapat pelbagai kemudahan untuk akses internet,kebanyakan sekolah kita hampir semuanya memiliki Pegawai ICT (EIO),semua sekolah cukup guru besar dan GPK mengapa situasi begini terjadi. Kami mengesan ada sekolah murid yang ramai tapi penyertaan hanya satu atau dua peratus malah ada sekolah yang tidak menyertai langsung. Program ini adalah program diurusetia oleh KPM,projek KPM. Barangkali wajar kiranya kita ajukan surat tunjuk sebab kepada pengurus sekolah yang penyertaan terlalu sedikit atau tidak menyertai langsung kerana memandang remeh dasar dan program kementerian atau kerajaan.Semua sekolah akan diminta menghantar laporan penyertaan dan semua PPD akan membuat semakan penyertaan sebagai perbandingan. Kita dapati ada sekolah yang penyertaannya melebihi 349 orang penyertaan seperti SK Gelugor,Kuala Terengganu dan SK Sultan Ismail,Kemaman seramai 161 orang. Tahniah !
 
Kita barangkali pernah mendengar ceramah atau ucapan  Pengarah Pelajaran Terengganu bahawa diri dan organisasi kita tidak akan maju jika terdapat insan-insan berwatak exusitis (selalu memberi alasan),ignoramus (tidak peduli),non-stater (tidak boleh dihidup),paralysis (tepok/lumpuh dan sentiasa perlu dibantu) dalam organisasi kita. Oleh itu kalau kita mahu sebenar-benarnya "Melestarikan Pendidikan Terbilang" dan menjadikan "Terengganu Anjung Ilmu" program-program seperti Permatapintar Ujian UKM1 ini mesti dilaksanakan dengan penuh iltizam bukan sekadar "fill in the blank"

No comments:

Post a Comment