Pagi ini YB Haji Khazan bin Che Mat,Pengerusi Jawatankuasa Agama Dan Penerangan Negeri Terengganu akan merasmikan pembukaan nadwah berkenaan. Turut hadir ialah Yang Berbahagia,Tuan Haji Wahid bin Setia,Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam (Insitusi Pendidikan Agama),Yang Berbahagia Tuan Haji Salleh bin Busu,Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu,Pengarah dan wakil-wakil Pengarah Pelajaran Negeri,Pegawai-pegawai kanan BPI,JPN Negeri serta PPD dan Pengetua-pengetua Sekolah.
Antara objektif Nadwah Kepimpinan Islam SMKA ini ialah :-
- Melahirkan pemimpin murid alaf baru yang dapat merealisasikan budaya ilmu serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
- Memberi maklumat dan pendedahan-pendedahan cabaran semasa yang membawa kepada keruntuhan akhlak,di samping menyemarakkan semangat untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan serta kebijaksanaan dalam berdakwah
- Memberi pendedahan kepada skil kepimpinan kepada para peserta untuk menjadi pemimpin yang berkarisma tinggi dan berketrampilan
- Memupuk kesedaran tentang pentingnya kemahiran komunikasi serta menilai maklumat serta ketahanan fizikal untuk mempersiapkan diri menjadi pemimpin gemilang
- Melahirkan pemimpin pelajar yang memiliki contoh tauladan terpuji kepada pelajar lain.
Ketibaan Timbalan Pengarah BPI (Institusi Pendidikan Agama)
Ketibaan YB Haji Khazan Che Mat
Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri Terengganu
Pasukan Bunga Manggar dari SMK Dato' Razali Ismail
YB Hj Khazan Che Mat,Timbalan Pengarah BPI,KPM dan
Timbalan Pengarah JPN Terengganu
Dif-dif Jemputan
Dif-dif jemputan
Dif-dif jemputan
Para peserta
Para peserta
Guru Pengiring
Sebahagian Petugas Sambutan dari Sektor Pengurusan Sekolah
Sebahagian Pembawa Bunga Manggar
Sebahagian Petugas Sambutan dari SPS
No comments:
Post a Comment