Thursday, April 14, 2011

Pendaftaran Kursus Orientasi Guru Baru SR Negeri Terengganu 2011

Seramai 97 orang guru baru dari sekolah rendah yang ditempatkan di negeri Terengganu tahun 2011 mula melapor diri di Bukit Gambang Resort City,Kuantan bagi mengikuti Kursus Orientasi Guru Baru SR Negeri Terengganu 2011. Mereka terdiri daripada pelbagai lepasan latihan perguruan seperti j-Qaf,PISMP,KPLI dan TESL yang sedang mengajar di sekolah rendah seluruh negeri.

Selama tiga hari dua malam, mereka akan diberi pelbagai pendedahan mengenai sikap,tatasusila,ketrampilan,
peluang peningkatan kerjaya,urusan perkhidmatan dan pentadbiran dan sebagainya oleh pegawai dari KPM dan Pegawai dari pelbagai bidang kemahiran di JPN Terengganu sendiri. Perasmiaan Kursus ini akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia,En.Razali bin Daud,Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pada pagi besok

Selamat Berkursus dan nantikan berita lanjut dari kami di sini...
Bahan-bahan kursus boleh didownload DI SINI


2 ulasan:

Cheng SK said...

Selamat Berkursus, wahai cikgu-cikgu baru....
Hehe, nampak muka cikgu sek saya dlm gambar di atas. Itu bukti beliau hadiri kursus.....haha...
Syabas, USR blogger team!!!

USR BLOGGER TEAM said...

Aviden !!! semoga mereka dapat memnjadi guru yang hebat menjana pendidikan terbilang anak bangsa

Post a Comment