Thursday, April 7, 2011

Majlis Penutupan Taklimat Pendidikan Wajib kepada GPK HEM Baru


Taklimat Pendidikan Wajib kepada GPK HEM  Baru yang diadakan di Perdana Beach Resort,Kota Bharu telah selamat ditutup dengan rasminya oleh En.Jelani bin Sulong,Ketua Unit Sekolah Rendah,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu tengah hari tadi.Taklimat ini yang merangkumi peranan GPK HEM sebagai pemimpin di peringkat sekolah, laluan naik pangkat,pertukaran murid warganegara dan bukan warganegara,permohonan masuk murid warganegara dan bukan warganegara,prosidur lawatan sambil belajar,keciciran dan semua aspek dalam pendidikan wajib telah dapat disampaikan kepada sasaran dengan sempurna.

Pemerhatian urusetia sepanjang taklimat mendapati komitmen,pengurusan masa dan kesediaan peserta untuk mendalam bidang tugas mereka amat membanggakan.Rata-rata mereka melahirkan rasa bertuah dan penghargaan terima kasih kerana diberi peluang mengikuti taklimat ini.

Ketua Unit Rendah dalam ucapan perasmian penutupnya menyeru kepada semua peserta bersyukur dan mencintai kerja masing-masing. Selain dari itu beliau mahu semua GPK HEM seronok,bangga,jujur dan berintegriti tinggi dalam melaksanakan tugas membantu Guru Besar mempertingkatkan kecemerlangan dan keterbilangan sekolah.

Sebelum itu,En.Kamal Abdullah,Penolong Pengarah Guru telah memberi taklimat ringkas kepada peserta berkaitan e-GTukar yang sedang dibuka dari 1 hingga 22 April. Beliau berharap GPK HEM dapat membantu Guru Besar tentang perlunya pengesahan awal pihak sekolah sebagaimana yang dimaklumkan di dalam blog Unit Sekolah Rendah.

Adalah menjadi harapan kita dengan ilmu yang diperolehi para peserta dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan cemerlang sekali mematikan suara-suara sinis yang mengatakan GPK tiada ilmu dan tidak tahu buat kerja.

Bahan Taklimat boleh didownload di Folder Muat Turun 2 atau klik di sini



No comments:

Post a Comment