Monday, April 4, 2011

Lagi Pertukaran dan Penempatan Pengetua dan Guru Besar...


Jam 11.00 pagi tadi di Rumah Tamu,Jabatan Pelajaran Negeri ada tiga aktiviti penting dan besar. Aktiviti pertama ialah Taklimat Perjawatan dan Naik Pangkat Guru Tingkatan 6. Kedua ialah Penyampaian surat pertukaran dan penawaran jawatan kepada beberapa orang Pengetua dan Guru Besar. Sementara aktiviti ketiga ialah Penilaian Panel Pencalonan Pengelola Cemerlang kepada 17 orang pengelola sekolah gred DGA34 ke Pengelola Cemerlang Gred DGA38(KUP).

Saya berkesempatan merakam gambar di Bilik Tanggol,Rumah Tamu bagi acara penyerahan surat pertukaran dan pelantikan Pengetua dan Guru Besar. Selain Ketua Sektor Sekolah turut hadir ialah KPP Sektor Sekolah,Ketua Unit Naik Pangkat,Ketua Unit Rendah dan Penolong Pengarah Guru Unit Rendah. Semua  Pengetua dan Guru Besar yang terlibat mula kuatkuasa bertugas di tempat baru ialah pada 1 April 2011. Antara Sekolah Menengah yang memperolehi Pengetua baru ialah SMK Kg. Nyior,Dungun,SMK Teja Putera,Dungun,SMK Jerangau Dungun dan SMK Tapu,Hulu Terengganu.Sementara Sekolah Rendah pula yang mendapat Guru Besar baru ialah SK. Kg.Bukit,SK.Paloh dan SK Merang,Setiu.

Kepada semua yang terlibat tahniah diucapkan semuga kehadiran anda kalian lebih menyemarakkan lagi
budaya kecemerlangan di sekolah-sekolah terbabit.


No comments:

Post a Comment