Rumusan ceramah oleh En.Rosli bin Chik,Ketua Unit Naik Pangkat,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu di Taklimat Pendidikan Wajib GPK HEM Baru Negeri Terengganu.
- Laluan kerjaya PPD ada dua skim iaitu untuk naik pangkat PPPS dan PPLD
- Taklimat ini akan memberi fokus kepada PPLD Hakiki
- Laluan hakiki PPLD bermula DGA29,DGA32,DG34...sambung belajar DG41(KUP),DG44(KUP)
- Kemungkinan pada masa hadapan Laluan hakiki akan berubah gred justru tiada lagi lepasan PPLD dari mana-mana latihan perguruan sama ada dari IPGM ataupun universiti.
- Gred tertinggi Laluan Hakiki tertinggi sekarang hanya DGA34 dan tidak mustahil ianya akan berubah apabila berlaku senario di atas
- Pengisian jawatan Guru Besar pada tahun 2010 dan 2011 berdasarkan permohonan tahun 2009 dan untuk melayakkan seseorang tersenarai dalam ranking tertinggi iaitu senarai top 50 ialah markah prestasi tahun untuk tiga tahun jangan kurang dari 90% kerana markah prestasi keseluruhan hanya dikira 80% sahaja dan 20% lagi markah yang diperolehi melalui penilaian borang (sumbangan dan kemahiran)
- Syarat khusus permohonan meliputi zon yang ditetapkan . Jika permohonan ke DGA34 terbuka kepada GPK hakiki DGA32 dan Guru Penolong DGA32(KUP) hingga 31 Dis 2007 dan sebelumnya maka calon GPK akan bersaing dengan Guru Penolong Time Base. Bayangkan betapa ramai calon yang akan memohon untuk mengisi 50 jawatan guru besar setiap tahun. Pada tahun 2009 seramai 1,200 calon memohon.
- Berdasarkan kajian,pemerhatian dan dapatan ramai calon mendapat markah rendah bukan kerana prestasi tetapi disebabkan sumbangan dan kemahiran yang berjumlah 20%. Ramai calon meninggalkan kosong ruang tersebut kerana tidak faham atau mengambil mudah.
- Sewajarnya setiap calon yang berazam memohon ke gred hakiki DGA34 membuat perancangan diri supaya semua kreteria yang diperlukan bagi penilaian 20% dapat dipenuhi dan diperlengkapkan.Antaranya mereka perlu melibatkan diri dengan kegiatan di peringkat daerah dan negeri. Tunjukkan performance di peringkat PPD atau JPN .
- Selain itu dokumen seperti surat,sijil dan sebagainya mesti disertakan bersama borang permohonan sebagai aviden untuk memudahkan panel membuat penilaian. Pastikan dalam borang permohonan tiada ruang yang kosong.
- Kesimpulannya orang lain tidak boleh membantu kita dalam urusan naik pangkat ini melainkan diri kita sendiri
No comments:
Post a Comment