Wednesday, April 6, 2011

Gelas Separuh Penuh @ Gelas Separuh Kosong


Sewaktu  Ketua Sektor Pengurusan Sekolah menyampaikan ucap utama dan majlis Perasmian Taklimat Pendidikan Wajib kepada GPK HEM Baru pagi tadi beliau telah menunjukkan gambar seperti itu dalam slaidnya dan mengemukakan soalan berikut:

Gelas Separuh Penuh ke @ Gelas Separuh Kosong ?

Beberapa orang peserta menjawab "Gelas separuh penuh" dan ada juga yang menjawab "Gelas separuh kosong". Beliau dengan senyum menjelaskan tentang sudut pandang kita dalam melihat sesuatu. Kata beliau bagi mereka yang sentiasa berfikiran positif akan sentiasa melihat keupayaan yang ada bukannya melihat kekurangan.Orang yang positif (Gelas separuh penuh) melihat ruang yang tinggal sebagai peluang dengan menggunakan kekuatan yang sedia ada melakukan sesuatu yang hebat. Umpamanya kedudukan sekolah yang serba kekurangan dan jauh ke pendalaman bukanlah asalan untuk mencipta kejayaan. Banyak sekolah yang berjaya mendapat New Deals dan SBT seperti Ulu Lubai ,Serawak adalah sekolah pedalaman.

Namun jika kita berfikir tentang kekurangan dan ketiadaan (Separuh gelas kosong) kita lupa apa kekuatan yang kita miliki tetapi sentiasa mencari kekurangan dan kelemahan sebagai helah bela diri dan alasan mengapa tidak berjaya. Kita selalu mendengar frasa " Orang yang berjaya (positif) sentiasa merebut peluang,orang yang malas (nagatif) sentiasa memberi alasan"

Prinsip "Gelas Separuh" selalu juga digunakan oleh motivator atau saikologis untuk menerangkan tentang perbezaan pendapat yang wujud antara setiap orang. Setiap individu ada pendapat masing-masing dan pendapat itu boleh jadi sama dan boleh jadi berbeza.
Persepsi setiap orang berbeza dan setiap orang akan memberikan pendapat mengikut cara pemikiran mereka.Setiap orang akan memberikan pandangan daripada pelbagai aspek yang berbeza,sudut pandangan berbeza dan olahannya juga berbeza.Setiap orang berhak menyuarakan pendapat dan pandangan masing. Apa yang penting sejauhmana kita bersedia menerima pendapat dan pandangan orang lain

Apabila kita sentuh soal memberikan pendapat setidak-tidaknya kita ada dua sudut pandang.Pertama mereka berupaya  memberikan pandangan secara optimis dan yang kedua mereka yang memberikan pandangan secara pesimis.Kata sesetengah pendapat;

"Seorang yang pesimistik dalam pemikiran, berkecenderungan untuk melihat sisi gelap terhadap segala sesuatu. Sentiasa bermonolog negatif, dan melahirkan dialog yang negatif. Ia terbit dari kalimah Latin (pessimus) bermaksud worse. Pesimis adalah kesimpulan hasil fikir dan persepsi pada cara melihat, yang menafsirkan segalanya dari sudut yang buruk.Tidak percaya pada peluang diri untuk berubah.Tidak percaya pada peluang masyarakat untuk meningkat.Tidak percaya hasil krisis kepercayaan diri."

Sementara itu mengikut sesetengah pandangan lagi:

"Kritikan optimis adalah kritikan yang disertakan dengan penyelesaian dan harapan. Bahasanya adalah bahasa berkeyakinan bahawa ada jalan dan ada peluang untuk penambahbaikan itu berlaku. Malah optimis yang sempurna ialah pada menjadikan diri sebahagian daripada agenda itu. Bahasa kita menyebutnya sebagai kritikan membina.

Akan tetapi, kritikan pesimis adalah kritikan yang sangat sinikal, berbau sindiran dan tidak menampakkan kecenderungan pengkritik itu kepada penyelesaian. Padanya masalah-masalah yang dikenal pasti itu terlalu mendominasi keadaan hingga beliau tidak percaya ia mampu diselesaikan.Ia mungkin kesan pembacaan, kesan pendedahan, kesan penglibatan… justeru ilmu dan pengalaman yang ‘panas’ itu, menimbulkan penyakit ghurur yang membinasa. Awalnya terlihat benda baru, kemudiannya memandang usang benda lama.

Buku-buku yang kurang dibaca massa, berguna dalam mencari kesegaran formula, tetapi bertukar menjadi beban, apabila pesimis dalam pemikiran.Biar pun kritikannya betul, dengan segerabak hujah yang ilmiah lagi bersarjana, kritikan itu tidak disertakan dengan penyelesaian dan harapan. Ia bukan kritikan yang membina, tetapi ubat yang menjadi racun. Pesimisme adalah kosmetik untuk mengindahkan pemikiran tinggi yang sebenarnya hina kerana menganut putus asa!"

Kesian,kerana mereka terperangkap dalam "neraka yang mereka bina sendiri" dalam dunia yang turut dihuni bersama khalayak  yang mampu mewarnai hudup laksana "syurga firdausi"


No comments:

Post a Comment