Pagi tadi saya berkesempatan menerima undangan menyampaikan ceramah sempena Majlis Temu Murni Ibubapa dan Penjaga murid Tahun Enam, SK Tengku Ampuan Intan,Kuala Berang (Kluster) yang juga merupakan sekolah angkat saya. Majlis berkenaan telah diadakan di Dewan Syarahan,Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu.
Rakan lama saya iaitu YDP PIBG SKTAI, Haji Tuan Razilah telah bersama menyampaikan ucapan aluan walaupun ringkas tapi bermakna. Saya selaku Pegawai Angkat sekolah ini amat bangga di atas komitmen dan daya usaha PIBG di bawah pimpinan Haji Tuan Razilah serta dedikasi guru-guru SK Tengku Ampuan Intan di bawah pimpinan Tuan Haji Mat Hassan Deraman yang juga Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Hulu Terengganu untuk memastikan SKTAI terus terbilang.
Saya juga merasa bangga di atas kesediaan para ibubapa Tahun Enam untuk turut hadir meluangkan masa bersama anak-anak bagi mencari formula memastikan UPSR anak-anak tahun ini terus melonjak dan cemerlang. Saya melihat aspek kepimpinan ibubapa sebagai satu kekuatan untuk memugar potensi anak-anak menjadi manusia cemerlang pada masa hadapan. Ibubapa perlu memainkan tugas dan peranan kepimpinan dalam pendidikan anak-anak yang telah tersedia sumber kekuatan azali untuk dipimpin dan dibimbing secara berhemah dan bijaksana.
Saya doakan SK Tengku Ampuan Intan akan terus maju dan terbilang dan mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi nanti.
No comments:
Post a Comment