Unit Pengurusan Sekolah Rendah,JPN Terengganu mengadakan Mesyuarat Pengemaskinian Data Penempatan Guru Baru di Holiday Villa,Kuantan mulai 26 hingga 28 April 2011. Mesyuarat ini sangat penting untuk menentukan kedudukan jumlah sebenar guru baru yang ditempatkan selain dari menentukan kedudukan sebenar perjawatan guru pemulihan linus da pegawai linus dalam data perjawatan guru rendah sebelum pertukaran guru pada 1 Jun 2011.
Mesyuarat ini juga turut membincangkan tindakan pengesahan e-gtukar oleh Guru Besar dan tindakan penyemak di peringkat PPD dan JPN Negeri di sampimg perkara lain berkaitan permohonan pertukaran yang akan dibawa oleh Ketua Unit Rendah dalam mesyuarat dengan kementerian.
Semua pegawai terlibat dari beberapa unit di jabatan dan ppd hadir bagi menvarifikasi data ini.
No comments:
Post a Comment