Monday, April 4, 2011

Taklimat Pemantapan Fail Meja warga Sektor Pengurusan Sekolah


Pada jam 2.30 petang tadi bertempat di Bilik Mesyuarat Anjung Ilmu,JPN Terengganu telah diadakan Taklimat Pemantapan Fail Meja kepada semua warga Sektor Pengurusan Sekolah. Tujuan utama adalah untuk memaklumkan kepada semua staf Sektor Pengurusan Sekolah tentang pindaan dan perubahan terkini susunan format fail meja di samping beberapa tambahan dan perubahan bidang auditan ISO.

En. Ibrahim Ismail,Penolong Pengarah Guru,Unit Sekolah Menemgah merangkap Pengurus Kualiti Sektor Pengurusan Sekolah telah menyampaikan taklimat berkenaan yang turut dihadiri oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,KPP Sektor Pengurusan Sekolah dan semua Ketua-Ketua Unit. Menurut En. Ibrahim semua perubahan format akan diemail kepada semua staf Sektor Pengurusan Sekolah untuk tindakan . Pada dasarnya juga Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan semua staf bersetuju satu bengkel pemurniaan fail meja baru ini akan dilaksanakan pada masa terdekat.

1 ulasan:

Anonymous said...

Hi there, this weekend is pleasant for me, because this time i am reading this enormous educational paragraph here at my residence.


My web site :: best registry cleaner
My web site > microsoft registry cleaner

Post a Comment