Sebelum itu En. Azwari bin Maarof,Penolong Setiausaha Cawangan Perjawatan Dan Naziran,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang mempengerusi mesyuarat ini menyatakan bahawa KPM antara kementerian yang istimewa selain dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi kerana dibenarkan mengemukakan permohonan ABM kepada Agensi Pusat.Tegas beliau lagi memudah dan melicinkan urusan permohonan ini ketepatan data amat diperlukan. Beliau juga memaklumkan pada masa hadapan naziran perjawatan akan dilaksanakan dengan pendekatan baru yang disebut sebagai Audit Perjawatan yang mana prosidur pengauditan seperti mana audit kewangan.
Mesyuarat dihadiri oleh En.Kahar bin Ab. Latif,Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan,En.Zakariah Ali,Ketua Sektor,Pengurusan Sekolah dan pegawai-pegawai dari Sektor Pengurusan Sekolah,Sektor Pendidikan Islam,Sektor Pendidikan Swasta dan Khas serta dari Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan.Selain itu beberapa wakil Bahagian di KPM turut sama hadir membantu negeri menjayakan permohonan dan mesyuarat ini.
Pembentangan permohonan kali ini melakar satu sejarah kerana permohonan ABM Perjawatan 2012 bagi Sekolah Rendah,Sekolah Menengah dan Jawatan AKS telah dapat diselesai hanya separuh hari dengan sedikit pindaan serta dapat diserahkan dengan sempurna pada akhir mesyuarat kepada BPSM. Inilah barangkali hasil langkah strategik yang telah dibuat oleh Unit Sekolah Rendah dan Unit Sekolah Menengah dengan urusetia negeri dari Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan mengadakan bengkel bersama guru besar sekolah dan PPD hingga membuahkan hasil yang baik seperti hari ini.
Tahniah kepada semua pegawai yang terlibat dari awal dan akhir dan juga tahniah kepada semua guru besar dan pengetua Terengganu yang cakna dan memberi kerjasama yang baik. Dan tidak lupa kepada En.Azwari dan pasukan yang telah banyak membantu pasukan JPN Terengganu bagi memasti perjawatan guru dan anggota kakitangan sokongan tahun 2012 mencukupi dan memastikan segala pelaksanaan dasar persekolahan dapat dilaksana dengan cemerlang dan terbilang.
No comments:
Post a Comment