Monday, April 11, 2011

Jawapan KPM Laporan Akhbar Guru Lama Dakwa Susah Naik Pangkat

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Abang Chor, Ipoh, Perak, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 29 Mac 2011 – Guru lama dakwa susah naik pangkat.
 Jawatan Penolong Kanan merupakan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 (hakiki) dan bukannya jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41. Buat masa ini, masih belum wujud jawatan Penolong Kanan, PPPS Gred DG41.


Pengisian bagi jawatan Penolong Kanan, PPPLD Gred DGA32 (hakiki) adalah berdasarkan kepada calon-calon urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat PPPLD yang diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP). Pengisian jawatan tersebut adalah perlu merujuk kepada waran perjawatan yang diluluskan oleh Kerajaan melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) iaitu jawatan yang khusus untuk PPPLD.


Pengadu kini merupakan PPPS dan tidak lagi sebagai PPPLD. Oleh yang demikian, sebagai PPPS, pengadu boleh manikmati urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat melalui Laluan Hakiki, Laluan Cemerlang dan Laluan Time-Based. Beliau berpeluang untuk mendapat kenaikan pangkat sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalan skim perkhidmatan PPPS tertakluk kepada wujudnya kekosongan jawatan kenaikan pangkat PPPS.


Pihak Kementerian tidak dapat mempertimbangkan PPPS Gred DG41 untuk memegang jawatan Penolong Kanan, PPPLD Gred DGA32 memandangkan pengadu telah dilantik sebagai PPPS DG41 dan berada dalam skim perkhidmatan yang berbeza.




UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


No comments:

Post a Comment