Saturday, April 16, 2011

Majlis Penutup Taklimat Orientasi Guru Baru SR Terengganu

Majlis penutupan rasmi Taklimat Orientasi Guru Baru SR Terengganu telah disempurnakan oleh Yang Berusaha En.Salim bin Ab Ghani ,Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah tengah hari tadi.

Beliau menyatakan hidup dan masalah suatu yang sinonim dalam kehidupan. Hanya orang yang telah mati tiada masalah. Apa yang penting ialah bagaimana kita menggunakan kekuatan akal fikir kita untuk menyelesaikan masalah. Tambah beliau banyak pembongkaran yang dibuat seperti Albert Enstain bahawa sebahagian besar manusia masih belum menggunakan secara optima kekuatan akal untuk menyelesaikan permasalahan dalam hidup mereka
.
Menurut beliau ramai yang mempersoal tentang kualiti guru baru. Sama ada benar atau tidak kita sendiri boleh menentukan. Menurut beliau banyak indikator untuk kita mengenalpasti guru bermasalah dan kurang berkualiti antaranya tidak berdisiplin,kurang bergaul,kurang berminat menjadi guru dan sebagainya. Sewajarnya perkara sedemkian tidak berlaku dengan skim perkhidmatan,peluang kerjaya dan gaji guru yang semakin baik.

Beliau berharap guru baru berusaha menjadi guru yang berkesan di sekolah dan guru yang berkesan di dalam kelas. Tugas utama guru sebenarnya mendidik pelajar bagi membangun murid secara holistik bukan sekadar mengajar sehaja.Proses mendidik jiwa,ilmu dan berkemahiran sepaya akan lahir generasi berakhlak mulia yang bijak dan berkemahiran agar lahir manusia yang profesional.

Isu-isu kebokbrakan sosial adalah petunjuk kegagalan masyarakat kita "mendidik" generasi menjadi insan berakhlak mulia dan seharusnya menjadi cabaran kepada kita kaum guru sebagai yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan."Tanggungjawab kita amat besar dan mencabar bagi mendidikan generasi berakhlak mulia untuk memikul amanah bangsa,agama dan negara dan tugas mengubah manusia ini menuntut kesabaran yang sangat tinggi",tegas beliau lagi.

1 comment:

  1. Semoga guru2 baru ini dpt membimbing & mendidik anak murid m'jadi insan yg holistik!

    ReplyDelete