Ketua Sektor dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah kepada yang telah berjaya dan beliau berharap bukanlah orang lain yang tidak dapat anugerah dalam Sektor Pengurusan Sekolah tidak bagus dan tidak hebat.Menurut beliau semua pegawai dan staf Sektor Pengurusan Sekolah hebat-hebat belaka namun kerana kuota tunggulah giliran nanti. Beliau juga bersyukur kerana pengurusan tertinggi jabatan telah menyediakan empat kuota kepada warga Sektor Pengurusan Sekolah dan ini menunjukkan tanda aprisiasi terhadap peranan dan sumbangan warga Sektor Pengurusan Sekolah.
Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang ialah En.Salim bin Ab.Ghani (KPP SPS),Tuan Haji Mohamad bin Ngah (Unit Perhuibungan), En. Ab.Rahim bin Sulaiman (Unit Menengah) dan Pn. Norizan bt. Abdullah (Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah)
Tahniah atas kejayaan para sahabat sekalian ! Kami amat berbangga !

No comments:
Post a Comment