Wednesday, April 13, 2011

Pertukaran dan Penempatan Guru Besar Dan GPK Berkuatkuasa 16 April 2011

Seorang Guru Besar dan enam orang GPK terlibat dalam pertukaran dan penempatan berkuatkuasa 16 April 2011 ini. Majlis taklimat ringkas dan penyerahan surat berkaitan telah disempurnakan oleh Ketua Sektor,Sektor Pengurusan Sekolah pada pagi ini. Dalam taklimat ringkas Ketua Sektor memberi pesanan berikut:
  1. Berharap Guru Besar dan GPK dapat membantu memperkasakan sekolah terutama dalam proses pengajaran-pembelajaran dengan terbilang. Keupayaan memperkasakan para guru akan menjadikan mereka memiliki "power of teacher' pastinya mampu menterbilangkan pendidikan
  2. Berharap para pemimpin baru dapat menanam semangat bangga dan cintakan sekolah kepada seluruh warga sekolah. Melalui "proud" dan "spirit of decorp" mampu menjadi sekolah kita hebat dan terbilang.Beliau berharap kehadiran pimpinan baru mampu memberi impak dan meninggalkan legasi kepada sekolah berkaitan setidak-tidaknya ada sebatang pokok yang ditanam dan ditinggalkan.
  3. Berharap para Guru Besar dan GPK baru mampu memikul amanah besar dan menjayakan visi agama,visi sekolah,jabatan dan kementeriaan dengan sempurna dan berkesan.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah En.Jelani Sulong,Ketua Unit Sekolah Rendah.

Senarai Guru Besar dan GPK terlibat klik DI SINI


2 ulasan:

my_leet66 said...

Tahniah buat Cg. Zul dan En. Rahim Mamat..... Teruskan berbakti.

Cheng SK said...

Tahniah diucapkan kpd Cg Dzul yg dpt tukar keluar dr sek pendalaman. Beliau sama batch dgn saya. Bila pula saya.............

Post a Comment