Friday, April 15, 2011

Visi dan Misi Guru Baru

"Anda sepatutnya bersyukur dapat ditempatkan di Terengganu dalam keadaan keperluan guru Terengganu yang mencapai tahap lebih dari mencukupi kerana kemungkinan selepas ini tiada lagi guru dapat ditempatkan di Terengganu " kata En.Amat Roslan Abd. Rahman,Ketua Unit Sektor Rendah,Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,KPM semasa menyampaikan ceramah dalam program Taklimat Orientasi Guru Baru SR Terengganu 2011 di Bukit Gambang Resort,Kuantan sebentar tadi.

Beliau juga mengingatkan guru-guru baru supaya sentiasa mengambil berat serta peka dengan perkhidmatan dan perjawatan mereka. Tambah beliau perkara yang akan sering diperlukan sepanjang tempoh perkhidmatan seperti tarikh melapor diri,tarikh pelantikan,tarikh pengesahan jawatan,tarikh istihar harta,tarikh kenaikan gaji,nombor gaji dan sebagainya perlu disimpan dan dingati oleh mereka. Beliau menyarankan maklumat itu boleh dibuat dan disimpan dalam folder email yang diakses bila-bila masa apabila diperlukan.

Beliau menegaskan bahawa semua guru baru yang memilih kerjaya kedua terbesar (40%) daripada perkhidmatan awam ini perlu bersyukur kerana dalam kerjaya guru ada lapan belas laluan naik pangkat berbanding kerjaya dalam bidang lain. Beliau juga berkata guru baru DG41 perlu membuat persediaan kerana dalam masa lima tahun lagi mreka boleh memohon Guru Cemerlang DG44(KUP) diikuti kemudiaan Guru Cemerlang DG48(KUP). Menurut beliau jika guru boleh menunjukkan kecemerlang kemungkinan sebelum berumur 40 tahun mereka boleh mencapai Jusa C.

Selain itu beliau juga menyentuh berkaitan isu pertukaran yang setiap kali sesi pertukaran timbul kesesakan dan rayuan yang tidak sepatutnya. Beliau memberi contoh permohonan guru j-Qaf yang belum cukup tempoh rayuan mereka tidak akan dipertimbangkan kerana ia adalah dasar kementerian."Walaupun kadang wujud perasaan kesian tetapi dasar yang ditetapkan tidak boleh dilanggar apa lagi bila memikirkan keutamaan dan keperluan murid",tegas beliau.


1 ulasan:

Cheng SK said...

Dari paras wajah para guru baru, saya rasa tidak ada masalah bagi Trg terus m'jadi negeri anjung ilmu!

Post a Comment