Ketua Unit Sekolah Rendah,En.Jelani Sulong dalam ucapan aluan mesyuarat mengingatkan akan betapa pentingnya data murid yang tepat kerana dari data murid inilah akan ujudnya keperluan data perjawatan guru dan kelas.Beliau merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua Penyelia Pengurusan Murid setiap PPD kerana bantuan dan sumbangan pembekalan data murid yang tepat dalam ABM Perjawatan 2012 membolehkan permohonan ABM Perjawatan 2012 telah dapat diuruskan dengan cepat dan tepat serta mendapat pujian pihak KPM
Beliau juga berharap Penyelia Pengurusan Murid dapat melaksanakan penyeliaan ke sekolah terutama untuk melihat papan makluman prosidur pertukaran murid yang perlu dipamer di pejabat sekolah bagi memudahkan urusan ibubapa membuat pertukaran murid. Beliau yakin jika dokumen pertukaran diurus dengan lengkap dan sempurna diperingkat sekolah maka kerja-kerja pemerosesan pertukaran di PPD atau JPN dapat diuruskan dengan cepat dan tidak menyusahkan pelanggan kita.
Selain itu,Ketua Unit Sekolah Rendah mengingatkan Penyelia Pengurusan Murid supaya mempertingkat ilmu dan kemahiran berkaitan isu-isu dan prosidur pertukaran dan penempatan murid. Jika ada masalah dan kekhilafan boleh dirujuk kepada rakan-rakan dan pegawai yang lebih berpengalaman.Beliau juga berharap agar prestasi Pengurusan Data Murid Pendidikan Terengganu sentiasa berada di tahap terbilang seperti se belumnya bahkan akan lebih baik.
No comments:
Post a Comment