HBP KPM

HBP KPM

Tuesday, April 19, 2011

Majlis Meraikan Pertukaran dan persaraan pegawai JPN Terengganu

Tengahari semalam satu majlis meraikan pertukaran dan persaraan pegawai JPN Terengganu telah diadakan di Hotel Permai Inn,Kuala Terengganu. Semua Ketua Sektor,PPD,Pegawai dari semua sektor,PPD,BTPN serta MGB Terengganu telah hadir bagai meraikan rakan yang akan bertukar dan bersara. Turut hadir ialah Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu,En. Razali bin Daud.

Tuan Haji Wahid bin Setia,Ketua Sektor,Sektor Pendidikan Islam,JPN Terengganu telah bertukar dan dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah,Bahagian Pendidikan Islam,KPM di Puterajaya. Sementara Tuan Haji Mustafa bin Abdul Rahman, KPP Sektor Pendidikan Islam,JPN Terengganu dan Tuan Haji Othman bin Abdullah,Pengelola Cemerlang,Unit Perhubungan dan Pendaftaran,Sektor Pengurusan Sekolah akan mula bersara hujung bulan ini.

Pengarah Pelajaran Negeri dalam ucapannya menyatakan majlis merai dan menghargai rakan-rakan merupakan satu penghargaan kepada mereka dan akan diteruskan sebagai tradisi jabatan. Sementara itu Tuan Haji Mustafa menyifat  rasa dihargai dan istimewa lebih sewaktu mula-mula menjadi pengantin,sambil disambut gelak ketawa rakan-rakan.

Kepada sahabat dan rakan kita ' Selamat Berjaya dan Selamat Bersara"


0 ulasan:

Post a Comment