Sunday, May 1, 2011

Pertukaran dan Penempatan Guru Besar dan GPK Berkuatkuasa 1 Mei 2011

Tahniah kepada Guru Besar atau GPK yang dapat bertukar atau yang baru dinaikkan pangkat mulai 1 Mei 2011. Adalah menjadi harapan jabatan mereka yang berhijrah ke tempat baru mahupun yang baru dilantik dapat memberi sumbangan dengan sebaik-baiknya serta responsif dengan segala perubahan dan keperluan untuk menjadi pengurus sekolah yang berkesan.

Ingat pesan En.Zakariah Ali,Ketua Sektor Pengurusan Sekolah ,biar kehadiran kita menyenangkan orang ramai bukannya kehadiran kita seorang menyusahkan ramai orang. Pangkat adalah amanah,amanah akan dipertanggungjawabkan.Oleh itu pemegang amanah mesti ada kebertanggungjawabannya.


Semua Guru Besar dan GPK yang bertukar seperti senarai klik di sini dan di sini boleh mendapatkan surat arahan pertukaran dan penempatan di PPD masing-masing pada pagi 2 Mei 2011.

0 ulasan:

Post a Comment