Saturday, January 26, 2013

Sembang Sabtu : Hak atau keistimewaan?

Semenjak luas terbuka sebaran idea dan pemikiran melalui media baru kadang-kadang kita semakin keliru. Lantunan idea dari pelbagai lapisan yang kadang berasaskan logik dan bukan fakta serta manipulasi melampau kadang-kadang orang yang dianggap berilmu turut terbuai sama  hilang prinsip dan kebenaran ilmunya. Tragedi keliru dan mengelirukan ini juga turut sama melanda kaum guru; golongan yang sentiasa sinonim dengan ilmu dan bijaksananya terutama bila membicarakan soal hak guru atau keistimewaan yang diberikan untuk guru.

Isu terbaharu yang hangat diperkatakan mengenai Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) yang tidak dibayar lagi kerana transformasi dasar MBMMBI. Ada macam-macam tuduhan dibuat kepada Guru Besar dan kerajaan. Ada yang mengungut kerajaan untuk memberi undi kepada pembangkang. Masa Gerakan Mansuhkan PPSMI oleh pembangkang tidak seorangpun golongan yang menerima BISP ini bangun bersatu menentang penghapusan Pengajaran- Pembelajaran Sains Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Bahkan orang-orang kampung yang tidak tahu apa-apa memekik melalak kononnya PPSMI memusnahkan jati diri Bahasa Melayu. Agaknya kalau semua penerima BISP yang mengajar Matematik, Sains dalam Bahasa Inggeris bangun menentang Gerakan Mansuhkan PPSMI kerajaan belum tentu akan ujudkan dasar MBMMBI. Malang sekali dalam kerjaya kaum guru yang ramai dan hebat tapi kita mudah dipersenda oleh orang yang tidak bergelumang dan tahu menahu tentang pahit getir dan susah payahnya kerjaya mendidik.

Penerima BISP tidak boleh menganggap bayaran ini hak mereka selamanya. Bila pengajaran Matematik dan Sains tidak lagi diajar dalam Bahasa Inggeris mereka tidak lagi layak dibayar BISP. Sama ada seseorang itu mengajar atau tidak subjek berkenaan dalam Bahasa Inggeris dan layak dibayar terletak di bawah bidang kuasa Guru Besar yang mengesah, memantau dan memperakukannya. Surat Ketua Setiusaha KPM bertarikh 7 Disember 2012 menyebut perkara ini dengan jelas:

Selain itu ada guru yang mengganggap semua cuti yang diperuntukkan seperti Cuti Rehat Khas , Cuti Penggal Persekolahan adalah hak mereka yang tidak boleh dipersoal dan diperkotak-katikkan. Seolah-olah Ketua Jabatan iaitu Guru Besar wajib meluluskan bila mereka mohon dan tidak boleh diganggu. Mereka lupa bahawa cuti-cuti ini merupakan keistimewaan yang diberi kepada guru sebagai penjawat awam mengikut kreteria dan syarat-syarat tertentu.Guru Besar sebagai ketua boleh mempertimbangkan untuk melulus atau menolak berasaskan pertimbangan kepentingan pengajaran dan pembelajaran serta unsur-unsur kemanusiaan. Inilah perlunya kebijaksanaan Guru Besar semasa ingin melulus atau menolak permohonan cuti seperti Cuti Rehat Khas seperti panduannya di SINI.

Begitulah juga berkaitan urusan naik pangkat, pertukaran dan sebagainya ianya bukannya hak mutlak guru untuk mendapatkannya tetapi ia adalah keistimewaan yang boleh dinikmati sebagai guru setelah memenuhi kreteria dan syarat-syarat yang ditetapkan. Bacalah pekeliling dan panduan pengurusan yang bersepah banyaknya sama ada melalui blog pendidikan agar guru lebih tahu bukannya bercakap dan bertindak mengikut emosi .

Apapun jika kita merasakan kerjaya ini banyak menyusahkan kita, tidak sesuai dan serasi dengan kehendak kita jalan keluar paling mudah letak jawatan. Mengapa kita perlu hidup dalam "neraka" yang kita sendiri bina. Lagipun dunia pendidikan sebenar tidak memerlukan guru yang tiada jiwa mendidik dan berkorban. Lebih baik kita berhenti dari menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Mereka yang bahagia dan kekal bersama dunia pendidik ialah mereka yang faham mana haknya mana keistimewaannya. Mereka jelas dan tidak keliru dan punya jati diri yang kuat ; berupaya memerintah diri dan menguasai muridnya.


8 comments:

  1. memang sudah tidak relevan pembayaran bisp sedangkan ppsmi dimansuhkan.p&p pun dah kembali seperti dulu. kalau guru-guru yang berfikiran rasional, pemansuhan bisp bukanlah masalah besar bagi mereka.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Maaf komen-komen yang mengguna bahasa dan kandungan yang kurang sesuai atau pencetus ke arah komen-komen kurang sopan dari mana-mana pihat kami terpaksa buang/removed.

    ReplyDelete
  5. Jadi yang layak hanyalah guru-guru BI kerana masih mematuhi SPI.Disarankan dipanjangkan kepada guru-guru BM juga.

    ReplyDelete
  6. Cikgu Md Zaidi : Sewajarnya kesatuan dan persatuan guru bawa resolusi / cadangan ini ke atas khususnya melalui Mesyuarat Bersama KPM/Jabatan.

    ReplyDelete
  7. kes sama seperti PPSMI, apabila kesatuan bawa resolusi/cadangan, pihak kementerian kata ia sudah menjadi dasar dan tidak boleh diubah. Nasib guru yang bukan mengajar subjek tersebut.Apatah lagi guru BM..

    ReplyDelete